berita

Jawapan Nak Main ‘Forex’ Dikecam Netizen, Puteri Balqis Tutup Akaun Instagram

January 21st, 2020 | by Amat
Kini Trending

Kenyataan kontroversi yang dikeluarkan pelakon cilik Puteri Balqis menerusi video di laman Youtube seorang ahli perniagaan kosmetik terkenal telah undang persoalan dan kecaman netizen. Apabila ditanya soalan, apa yang akan dibuat sekiranya terima sumbangan bernilai RM100ribu? Antara jawapan Puteri Balqis ialah untuk pelaburan di Forex selain bersedekah.

Sedutan daripada rakaman video itu viral dan menyebabkan ramai netizen kurang senang dengan jawapan demikian. Terbaru, akaun rasmi Instagram Puteri Balqis juga dipadamkan.

‘Kalau dapat RM100k, nak buat apa?’

Dalam temubual bersama ahli perniagaan kosmetik terkenal itu, Puteri Balqis ditanya dengan sumbangan sekiranya dia diberi RM100ribu. Dia turut memberitahu untuk perancangannya melabur di pasaran Forex.

Puteri nak simpan, ada nak buat untuk sedekah, ada nak Forex sebab kami suka graf.

Kenyataan yang keluar dari mulut Puteri Balqis ini telah mengejutkan ramai netizen kerana di usia 13 tahun sebegini dia telah memikirkan mengenai dunia pelaburan di Forex. Malah, rata-rata kurang bersetuju dengan tindakan yang akan dilakukan ibu dan anak ini, netizen berpendapat sepatutnya mereka perlu mengutamakan kesihatan dan pendidikan kepada Puteri Balqis.

Akaun Instagram ditutup

Kritikan dan kecaman yang dilontarkan netizen itu dipercayai Puteri Balqis menyahaktifkan laman Instagram peribadinya. Akaun itu tidak dapat dilihat oleh pengikut sebaik sahaja viral rakaman video terhadap kenyataan kontroversi Puteri Balqis.

Sumber: Scha Rasdi

SKIP THIS AD ×