berita

‘Award Tak Janjikan Bulan Bintang, Gaji Tinggi’ – Noorkhiriah Respon Luahan Hati Jalil Hamid

October 11th, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Pelakon Jalil Hamid sebelum ini meluahkan rasa kesal dan kecewa dengan kadar bayaran yang rendah ditawarkan oleh sebuah produksi tempatan kepada pelakon veteran ini. Malah, kemenangan anugerah di mana-mana festival tidak mampu membuka mata pembikin filem atau drama terhadap kualiti lakonan setiap pelakon.

Sementara itu, pelakon drama Nur, Noorkhiriah memberi respon dan pandangan peribadi terhadap status Jamil Hamid, tempoh hari.

Aku rasa terhina

Jalil Hamid menerusi akaun Instagram rasminya memberitahu tawaran untuk dia memegang peranan utama yang memerlukan dirinya menjayakan 12 babak daripada 16 babak secara keseluruhannya. Dia kecewa apabila produksi itu hanya memperuntukkan bayaran sebanyak RM1500 sahaja buat penglibatannya itu.

Award tak menjanjikan apa-apa

Sementara itu, pelakon drama Nur, Noorkhiriah turut merasai situasi yang sama dengan Jalil Hamid suatu ketika dahulu. Dia juga menyifatkan sebarang anugerah yang prnah diterimanya sebelum ini tidak memberi nilai buat karier seni mereka.

Berat mata mandang berat lagi bahu mikul, bertabahlah abg Jalil..saya faham apa yang abg rasa, namun saya tak kuat tuk luahkan semua..saya sendiri adalah beberapa award namun tetap terima nasib sama macam abg.. award tak menjanjikan bulan bintang, gaji yang tinggi even job pun bg.. andai kita dah tak diperlukan lagi.. award tu hanyalah sekadar bukti pada anak cucu kita yang kita pernah menang 1 masa dulu..bg..industry tak pandang jerih perit kita..industry kini..andai kau muda, cantik boleh jual, kontrovesi berbakul..yes..itu yang dibayar mahal, job bersusun..bakat tolak tepi..namun Alhamdulillah saya dah leh terima semua ni sebab semua akan merasa..jangan risau,jangan sedih ye bg..katakan pada hati..award tak menjanjikan apa2..even nak buat batu nisan pun tak LAKU..maka bertabah & sabar..Abg Jalil Hamid insan seni hebat dimata saya..salah silap pada penulisan ini saya mohon maaf..takleh tulis panjang satgi netizen kecam..apapun Alhamdulillah terima kasih pada kehidupan saya yang dulu kerana menjadikan saya pemenang satu masa dulu..sekarang saya adalah sorang penjual #jusbidandara..Alhamdulillah..sayalah kuli, sayalah BOSS.

Sumber: Noorkhiriah

SKIP THIS AD ×