berita

‘Be Fair & Balance’ – Aweera Tak Puas Hati Tiada Band Layak Ke Final AJL33

November 24th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Dengan berlabuhnya tirai minggu ketiga Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-33 (SFMM33) semalam, maka bermulalah kehangatan Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-33 yang bakal berlangsung pada tahun hadapan. Menyaksikan penyanyi hebat seperti, Jaclyn Victor, Misha Omar dan Dayang Nurfaizah sudah pasti membuatkan AJL kali ini sebuah saingan yang sengit.

Namun di sebalik kejayaan para penyanyi yang melayakkan diri ke AJL, penyanyi Rock, Aweera meluahkan rasa tidak puas hati beliau apabila tiada sebuah band yang melayakkan diri ke pusingan akhir pertandingan berprestij tersebut.

AJL, anugerah solo ke?

 

Menerusi Instagram Story miliknya, beliau meluahkan rasa tidak puas hati terhadap program tersebut kerana tiada kumpulan band yang berjaya memasuki Anugerah Juara Lagu 33.

Bukan nak provok

Luahnya lagi AJL merupakan pertandingan lagu, justeru wakil bagi band seharusnya ada. Beliau berbuat demikian bukan mahu membuat provokasi, tetapi sekadar menyuarakan rasa keadilan terhadap penggiat seni suara.

Senarai 12 lagu yang layak ke AJL33

Tiga minggu bersaing, kini 12 lagu yang layak ke pentas berprestij AJL33, sudah terjawab dan ini merupakan senarai lagu tersebut.

  1. Kau Pun Sam nyanyian Syamel
  2. Haram nyanyian Hael Husaini & Dayang Nurfaizah
  3. Bunga nyanyian Ara Johari
  4. Hajat nyanyian Hael Husaini
  5. Nisan Cinta nyanyian Siti Nordiana & Jaclyn Victor
  6. Sampai Bila nyanyian Misha Omar
  7. Tak Pernah Hilang nyanyian Amylea x Kaer
  8. Semakin nyanyian Siti Sarah
  9. Di Matamu nyanyian Sufian Suhaimi
  10. Jatuh Bangun nyanyian Haqiem Rusli & Aman RA
  11. Luluh nyanyian Khai Bahar
  12. Bunga nyanyian Altimet

Sumber: Aweera, TV3

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×