berita

Awi Rafael Adakan Showcase Bertemu Peminat Februari Ini!

January 22nd, 2013 | by Ai
Kini Trending

Awi Rafael

Pada 8 Februari ini bakal berlangsungnya ‘Showcase Awi Rafael’ bertempat di Dewan Orkestra, ASWARA, Kuala Lumpur.

Secara umumnya showcase ini merupakan kerjasama antara pihak syarikat rakaman Warner Music dan Aswara dalam menjayakan majlis bagi merasmikan album terbaru Awi Rafael berjudul ‘Asalkan Aku OK’ serta memperkenalkan single terbarunya berjudul ‘Hari-hariku.’

Seperti lagu lain, ‘Hari-hariku’ merupakan hasil nukilan oleh Awi Rafael sendiri dan lagu ini diselarikan dengan imej serta pembawakan dirinya yang sentiasa tampil ranggi.

Lagu ini juga bagaikan sebahagian jiwa Awi Rafael sendiri kerana ia disampaikan dalam rentak rock dan turut menceritakan tentang hari-hari yang dilalui oleh Awi dengan rasa cinta serta segala rasa indah yang lengkap dengan kehadiran cinta seorang kekasih.

Disamping itu, ia turut menyentuh perihal kesyukuran yang tidak terhingga apabila dirinya dianugerahkan seorang kekasih hati yang sanggup menerima dirinya seadanya.

Bagi memeriahkan lagi ‘Showcase Awi Rafael’ ini, orang awam dijemput hadir ke majlis dan selain dapat menonton persembahan khas Awi Rafael, penonton juga bakal diserikan dengan persembahan-persembahan para pelajar ASWARA.

Pas masuk ke showcase ini boleh diperolehi menerusi pembelian album Awi Rafael di lokasi majlis ataupun dengan membawa bukti pembelian, sekiranya album tersebut telah dibeli lebih awal.

Album ‘Asalkan Aku OK’ boleh didapati dengan harga RM25 sahaja dan kelebihan bagi para pembeli album di lokasi showcase, anda bakal berpeluang untuk beramah mesra dengan Awi Rafael pada ‘Sesi Bertemu Peminat’ di akhir majlis itu nanti.

Jom layan lagu ‘Hari-hariku’ daripada Awi Rafael selepas ini dalam versi akustik.

[youtube http://www.youtube.com/watch?v=tyJxJWAjDK8]

SKIP THIS AD ×