berita

Video : Awi Rafael & Hanez Suraya Muncul Dalam “Asalkan Aku Ok”

October 16th, 2012 | by Ai
Kini Trending

“Asalkan aku ok, duit dalam kocek, hidup dengan sederhana, keluarga semua ok, masa depan cantik..” Itulah lirik lagu album kedua terbaru daripada Awi Rafael. Jom saksikan video klip terbaru daripada Awi Rafael yang bertajuk ‘Asalkan Aku Ok’, Hanez Suraya, kekasih Awi Rafeal turut tampil dalam video klip yang berdurasi selama 3:23 minit ini.

Klip video ini adalah arahan Awi Rafael sendiri bersama Helmie Ezfar. Di bawah produksi PaintInMotion, pengambaran ini telah melibatkan beberapa lokasi sekitar Golden Palm Tree, Goldcoast Sepang.

Seluruh solekan bagi pengambaran klip video ini adalah ditaja oleh Facekraft, manakala motor yang digunakan pula adalah jenis Royal Enfield, tajaan Big Bike Shop.

Bagi menjayakan klip video ini juga, beberapa rakan artis telah dijemput khas termasuk Dimas (pemain keyboard Hujan) dan Ully (pemain gitar AWANBAND).