berita

AXA eMedic Lancarkan ‘Family Plan’, Online Medical Card Dengan Pakej Baru Untuk Seisi Keluarga

October 15th, 2019 | by Aimi Raihana Mudzakir
Shout Out!

Medical card ni penting ke? Memang penting! Semua orang berdepan dengan risiko dapat penyakit. Korang pun tak terkecuali. Jangan ingat sekarang sihat, tak payah nak risau apa. Masa depan tak tahu macam mana.

Orang kata, kena sediakan payung sebelum hujan. Kalau korang ada medical card, tak perlu risau nak biaya perubatan. Boleh la cover. Kat sini kami akan rekomen medical card yang murah tapi berbaloi untuk dimohon. Siap cover satu family lagi!

AXA eMedic perkenalkan pakej terbaru, Family Plan

Insurans travel atau kereta boleh beli secara online. Ingat medical card tak boleh ke? Sekarang dah canggih tau. Semua kat hujung jari. Kalau korang tengah cari medical card yang mudah digunakan, murah dan berbaloi untuk satu family, AXA eMedic la jawapannya.

AXA eMedic ni untuk apa?

AXA eMedic merupakan medical card secara online sepenuhnya yang pertama di Malaysia. Korang boleh pilih pelan yang korang nak, tengok harga dan buat bayaran dengan beberapa langkah mudah. Power la!

Family korang macam mana, setiap orang dah ada medical card ke? Kalau belum ada, memang waktu yang tepat la. Baru-baru ni AXA eMedic lancarkan pakej terbaru iaitu Family Plan. Tak sabar nak tahu pelan apa ni kan? Jom kita tengok..

Boleh mohon medical card untuk setiap ahli keluarga dalam satu masa!

Bayangkan korang ada ahli keluarga yang ramai, lebih daripada 5 orang. Takkan nak mohon medical card satu per satu kot? Banyak duit dan masa terbuang. Memang berguna la AXA eMedic buat Family Plan ni. Nak bagi korang senang!

Dengan pakej terbaru daripada AXA eMedic, korang tak perlu susah payah. Family Plan ni membolehkan korang mohon medical card untuk semua ahli keluarga korang dalam satu masa je. Masa depan family korang pun terjamin. Kan bagus tu.

Bayaran dibuat dalam satu bil je

Beli satu per satu, banyak bil nak kena simpan. Lagi elok korang ambil Family Plan oleh AXA eMedic ni. Bayaran dibuat dalam satu bil terus. Korang pun tak pening kepala untuk simpan bil yang banyak.

Rebat 5%, serendah RM150 untuk 4 orang ahli keluarga

Harga yang ditawarkan untuk Family Plan ni sangat berbaloi dan mampu milik. Lagi best, korang boleh dapatkan rebat 5% dengan harga serendah RM150 untuk 4 orang ahli keluarga. Murah beb! Sayang kalau tak ambil pakej ni.

Online sepenuhnya, tak perlu buat medical checkup

Kena buat medical checkup dulu tak?

Tak perlu. AXA eMedic boleh dimohon secara online. Proses mohon pun tak ambil masa banyak, 5 minit je. Jawab beberapa soalan mudah dan ringkas. Bayaran pun secara online. Senang hidup korang lepas ni.

Medical card tertinggal atau hilang? Masalah tu takkan berlaku kalau korang mohon AXA eMedic. Korang boleh akses medical card ni melalui smartphone. Tunjuk je kat kaunter. Sangat mudah!

Tunggu sakit la baru mohon

Jangan! Waktu sihat la kena mohon AXA eMedic. Jangan tak tahu, penyakit seperti kanser, sakit jantung dan strok termasuk dalam senarai penyakit yang dilindungi tau. Kalau korang dah sakit baru nak mohon, medical card tu dah tak berguna. Baik mohon awal-awal.

Jangan lupa share perkara ni kat family dan member korang tau. Ingat, sharing is caring! Paling penting, family korang ada perlindungan untuk biaya perubatan. Kalau bukan sekarang, suatu hari nanti. Betul tu!

Kalau korang masih belum jelas tentang Family Plan oleh AXA eMedic dan perlukan sebarang bantuan, korang boleh hubungi talian khidmat pelanggan mereka di 1800-88-1616 ya.

Nak mohon Family Plan oleh AXA eMedic? Klik SINI.

SKIP THIS AD ×