Sekadar gambar hiasan
Baru-baru ini, seorang anak mengakui kurang setuju dengan tindakan bapanya yang menjalinkan hubungan sulit dengan seorang wanita berstatus ibu tunggal.
‘Janda tu siap hantar gambar lucah’
Sekadar gambar hiasan
Menerusi hantaran yang dikongsikan semula di platform X, individu ini memberitahu bahawa hubungan ibu, 57, dan bapanya yang berusia 55 tahun kini berdepan dengan konflik disebabkan lelaki itu berhasrat mahu berkahwin lagi.
Ayah nak berkahwin dengan bekas kekasih dia waktu sekolah, janda tu berusia 55 tahun. Mak aku tak dapat layanan sebagai isteri dengan betul, ayah aku selalu balik kelantan tiap minggu sebab nak dating dengan janda tu.
Tak tahu lah kena guna-guna ke apa sebab dia langsung tak nak tengok muka mak aku lagi. Cakap pun tengking. Setiap hari bergaduh mulut. Janda tu siap hantar gambar lucah dekat ayah.
Bagaimanapun, sebagai anak dia merasakan bapanya itu tidak layak untuk memiliki dua isteri kerana keadaan ekonominya yang tidak stabil.
Aku sebagai anak tak rasa dia layak untuk poligami sebab bukan kaya pun. Hutang keliling pinggang. Dia tak mampu langsung nak bela mak aku. Bayangkan rumah kami kena lelong sebab ayah tak bayar dekat 15 tahun. Sekarang duduk ni bukan nama ayah tapi nama abang sulung.
‘Setiap malam mak call nangis..’
Sekadar gambar hiasan
Ujar individu ini lagi, bukan dirinya sahaja malah adik-beradik yang lain juga tidak bersetuju dengan hubungan bapanya dengan wanita itu.
Hasil siasatan mak aku check telefon ayah aku, jumpa macam-macam. Tarikh 24/12 ni dia macam nak kahwin senyap-senyap belakang mak aku dekat Kelantan.
Setiap malam mak call nangis cerita ayah buat itu buat ini. Ayah aku relax pergi ngopi tiap malam balik pukul 12 tengah malam setiap hari.
Sementara menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menasihati individu ini supaya mengambil tanggungjawab menjaga ibunya dan membiarkan bapanya memulakan hidupnya dengan wanita tersebut.
Bagi je dorang kawin. Suruh ayah lepaskan je mak. Korang take over jaga mak yg dah tua. At least takde la mak menangis, kena tengking dah. Hutang ayah tu biar bini baru take over jadi waris baru.
Kalau dah kes cmni baik anak-anak takeover jaga mak. Minta ayah tinggalkan mak.Minta cerai. Lepastu tuntut nafkah skali lepas cerai. Jangan bagi ayahnya duduk rumah tu lagi. Suruh dia kahwin duduk kat kelantan terus.
Sorry to say, your dad rasa superior sebab dia nak keluar epf je tu. Janda tu pun mengharap epf je tu. Dah habis esok tengok la mcm mana jadi. Itu yang your dad ingat your mom dok kejar dia sebab epf. Since rumah tu atas nama ayah+abang, jangan risau dia akan jual lagi pun itu harta sepencarian.
Sumber: Meinmokhtar