berita

Ayah Meninggal Dunia Sebelum Majlis Kahwin, Lelaki Ini Tolong Edit Gambar Keluarga Bersama Di Atas Pelamin

April 8th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Tidak dinafikan kehilangan orang yang kita sayangi merupakan momen paling berat untuk diterima. Namun bagaimanapun, kita sebagai hambaNya harus akur dan reda dengan perancangan Tuhan.

Menerusi perkongsian pengguna Twitter iaitu Pantungalimar juga merupakan seorang editor telah terima sebuah foto persandingan satu keluarga yang tidak dikenalinya. Individu berkenaan meminta dia untuk menyunting foto arwah bapanya dan ditampal seakan berdiri bersama mereka sekeluarga di atas pelamin perkahwinan itu.

Minta tolong di-edit

Pengguna Twitter tersebut telah menerima mesej melalui DM dari seorang individu dan turut disertakan sebuah foto keluarga yang bergambar di atas pelamin perkahwinan adik perempuannya. Melalui petikan mesej tersebut mendapati individu berkenaan inginkan ‘kehadiran’ arwah ayahnya bergambar bersama di atas pelamin bersama mereka.

Difahamkan, arwah bapanya telah meninggal dunia beberapa hari sebelum hari perkahwinan adik perempuannya itu.

‘Ini foto Abah saya’

Ini hasilnya…

Penyunting ini meluahkan rasa terharu ketika menerima kiriman mesej tersebut. Dia turut mendoakan buat keluarga tersebut yang baru kehilangan orang tersayang sebelum majlis persandingan anak perempuan arwah.

Aku terharu liat reply’an kalian, Terima kasih atas do’a baiknya. Aku cuma melakukan apa yang aku bisa, walaupun hal kecil seperti ini. sekali lagi makasih.

Sumber: Pantungalimar

SKIP THIS AD ×