berita

Ayah Meninggal Hidup Semula, Ini Taktik Baru Scammer Menyamar Jadi Tuan Rumah, Luculah!

January 28th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Zaman sekarang pelbagai taktik licik scammer yang dilakukan oleh orang tidak bertanggunggjawab demi kepentingan mereka. Malah tak kurang juga yang tidak serik melakukan perbuatan keji ini sehingga menyebabkan pihak lain kerugian.

Seperti kisah scam umah sewa kali ini yang menghiburkan hati. Pada awalnya wanita ini mendapat mesej dari seorang individu yang ingin menyewakan rumah arwah ayahnya. Namun lain pula jadinya apabila individu ini dilihat seolah-olah cuba menipu. Kelakarlah.

Nak sewa rumah arwah ayah

Seorang wanita menerima mesej tawaran untuk menyewa rumah dari individu ini selepas mengiklankan untuk mencari rumah sewa. Menurut individu tersebut, rumah itu milik arwah ayahnya dan ingin disewakan atas faktor rumah itu kosong memandangkan dia kerja di tempat lain. Dia turut menghantar beberapa keping foto rumah tersebut kepada wanita ini.

Suruh deposit dulu

Dia juga meminta agar wanita ini memberi wang deposit terlebih dahulu untuk ‘cop’ rumah tersebut. Individu ini meminta agar dia wanita ini bank in separuh dahulu tanda setuju. Walau bagaimanapun wanita tersebut tidak berapa yakin.

Ayah suruh deposit

Tambah melucukan apabila individu ini mesej kembali wanita ini bertanyakan sama ada dia masih berminat untuk menyewa rumah ini. Malah dia turut mengatakan ayahnya menyuruh wanita ini bank in seratus dahulu. Kalau sebelum ini dia cakap rumah ini milik arwah ayahnya tapi kini lain pula jadinya.

Macam-macam ya taktik scam kelakar macam ini. Apa-apa pun jangan kita mudah percaya dengan kata-kata orang. Siasat terlebih dahulu sebelum bertindak.

Sumber : Besihitam TV

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×