Masalah rumah tangga melibatkan pelakon Puteri Sarah Liyana bersama pengarah sensasi, Syamsul Yusof masih belum berakhir dan pasangan ini juga dilihat saling berbalas kenyataan di akaun media sosial masing-masing.
Artikel Berkaitan: ‘Bukan Sekali Dua Papa Menangis Sebab You, Jangan Jadi Anak Derhaka..Kifarah Itu Ada’
Artikel Berkaitan: ‘Ayah Yang Banyak Kali Keluar Rumah Tinggalkan Mama, Abang & Adik..’
Media melaporkan Puteri Sarah akan memfailkan perceraian terhadap Syamsul Yusof pada hari Isnin dan susulan daripada itu, penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam sudah memujuk menantunya itu untuk menimbangkan semula keputusan tersebut.
‘Ibu mereka ditinggalkan kerana perempuan itu’
Terbaharu, ibu kepada Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail menerusi satu hantaran di IG Story meluahkan rasa tidak puas hati dengan kemunculan orang ketiga dalam rumah tangga anak lelakinya bersama menantu kesayangannya itu.
Menerusi hantaran tersebut, Datin Patimah berkongsi gambar dua orang cucunya iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah tetapi apa yang mencuri tumpuan ramai adalah kapsyen padu yang ditulis olehnya.
Ayah mereka telah dirampas oleh perempuan yang kejam. Ibu mereka ditinggalkan kerana perempuan itu. Laknatlah hidupnya!
Terdahulu, Datin Patimah memaklumkan dia tidak merestui dan reda dengan perkahwinan kedua Syamsul Yusof bersama Ira Kazar. Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam yang berusia lima tahun dan Summayah, tiga tahun.
Sumber: Datin Fatimah Ismail