
Penyanyi meningkat naik, Ammar Haikal mendedahkan bahawa bapanya, Ameng Spring, tidak mengizinkannya membawakan lagu-lagu milik kumpulan tersebut dalam mana-mana persembahan.
Artikel Berkaitan: Auddra, Ammar & Hadie Teruja Pertama Kali Bergabung Dalam ‘Dentam Dentum Raya’ – ‘Lagu Ni Memang Sedap’
Tak nak dibayangi Ameng Spring
Ketika ditemui OhBulan,!, Ammar atau pemilik nama Wan Ammar Haikal Wan Aminuddin, 19, memaklumkan bahawa keputusan itu disebabkan bapanya mahu dia membina nama identiti sendiri dalam industri muzik.
Ayah tak benarkan saya menyanyi lagu Ameng Spring.
Dia nak saya bergerak sendiri dan tak dibayangi Ameng Spring.
Kalau buat persembahan atau ‘cover’, dia pesan jangan bawa lagu dia.
Ammar berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Lagu Dentam Dentum Raya!, baru-baru ini.
Meskipun teringin untuk membawakan lagu kumpulan Spring itu, namun Ammar akur dengan keputusan bapanya.
Sebenarnya saya nak bawa lagu ayah macam Zaki dan Merah bawa lagu ayah diorang.
Tapi ayah cakap tak payah, jangan buat. Jadi saya hormat keputusan ayah.
Bagaimanapun, Ammar tidak menafikan bahawa dia dikenali dalam industri seni tanah air adalah disebabkan bapanya.
Saya jadi penyanyi pun sebab ayah saya dikenali.
Saya tak nak cakap orang kenal sebab diri saya sendiri. Saya jadi macam ini pun sebab ayah yang beri sokongan.
Dalam pada itu, Ammar berkata buat masa ini dia dan bapanya itu tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menghasilkan lagu bersama.