berita

Ayah Tak Ada Duit – Kisah Sayu Pelajar Ponteng Sekolah Kerana Malu Tak Bawa Hadiah Hari Guru

May 18th, 2016 | by Wan
Kini Trending

Screen Shot 2016-05-18 at 2.59.03 PM

Kebiasaannya hari guru pada 16 Mei disambut meriah di setiap sekolah pada setiap tahun. Para pelajar tidak mahu melepaskan peluang ini untuk memberi hadiah sebagai tanda terima kasih kepada guru.

Namun tidak semua mampu untuk berbuat sedemikian. Maka tidak hairan ada segelintir mereka mengambil keputusan untuk tidak hadir ke sekolah kerana merasa malu. Lebih-lebih lagi jika ditanya tentang hadiah.

Budak ponteng sekolah di masjid

Pagi semalam seorang imam masjid yang saya kenali menelefon saya. Katanya ada seorang budak sekolah di masjid, macam ponteng sekolah. Semalam hari guru 16 Mei, pelajar dan guru tidak berada dalam kelas tetapi di dewan dan padang dg aktiviti sambutan.

Saya bergegas sendiri ke masjid yg disebut. Parking kereta agak jauh di penjuru masjid, saya mula meninjau ke masjid. Tidak ada di balai lintang, saya menjengah ke dewan solat. Tidak ada juga tetapi ketika beralih ke bahagian muslimat, saya ternampak satu susuk tubuh.

Saya segera ke bahagian itu dan memang ada seorang pelajar perempuan. Dia begitu terkejut melihat saya. Bibirnya terketar mengucap salam pada saya, tangannya meraup sejadah lalu dipeluk ke tubuh, bagai seorang anak takutkan bapa yang garang.

“Saya malu nak ke sekolah”

Dia segera berdiri menghormati saya, tetapi saya suruh duduk, saya kenal pelajar ini kerana pernah naik menerima hadiah kecemerlangan di pentas. Bila ditanya sebab apa ponteng sekolah sedangkan dia pelajar baik, dia hanya berkata, “Tak ada apa cikgu. “Saya tak puas hati kerana ini bukan tabiatnya. Saya desak dia bercakap benar.

Matanya mula berair bila dia memulakan bicara lagi, saya tahu, dia akan berkata benar, “Cikgu, saya malu nak ke sekolah hari ini kerana saya tidak ada hadiah untuk diberi pada guru sempena hari guru. Ayah tak ada duit untuk beli hadiah kerana waktu ini tengah bulan, ayah saya kerja jaga. Emak telah meninggal.

Kegembiraan hari guru telah mencederakan hati seorang pelajar

Dia berhenti bercakap. Kepala terhanguk-hangguk menahan tangis. Dia menyambung,

“Cikgu, saya malu ditanya rakan apa hadiah yang dibawa pada cikgu, lebih malu bila ada bertanya, Nurul tak bawa hadiah ka? ” Ini telah berlaku tahun lalu…!

Air matanya yang deras dikesat dengan kain tudung yang separuh lusuh.Saya pula yang turut sedih dan tidak terucap kata.

Saya menghantarnya balik ke rumah, dalam perjalanan fikiran berkecamuk. Rupanya kegembiraan hari guru dan sambutannya telah mencederakan hati seorang insan pelajar, bahkan saya yakin lebih ramai lagi pelajar yang miskin merasa gundah resah bila datang hari guru.

Rasanya ramai yang mengalami pengalaman sama sebegini sewaktu sekolah dulu. Guru tak pernah minta pun hadiah tapi biasalah budak kan bila tengok kawan-kawan bawa hadiah mesti timbul keinginan macam tu juga.

Sumber : Pak Syeikh

SKIP THIS AD ×