berita

‘Ayah Tak Tahu Duduk Diam..’ – Viral Pakcik Jual Buah Undang Sebak, Anak Tampil Beri Penjelasan

February 20th, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Lebih 13k perkongsian di laman Facebook, seorang wanita kongsi video seorang warga emas yang menjual buah di sebuah stesen minyak setiap hari. Perkongsian tersebut undang sebak netizen dan rata-ratanya memuji tindakan wanita ini yang viral mengenai pakcik ini agar lebih ramai yang membantu.

Terbaru, anak kepada pakcik ini tampil memberi penjelasan bahawa ayahnya memang suka berniaga walaupun mereka adik beradik sudah memberi wang belanja kepadanya.

Pakcik sebak terima bantuan


Video berdurasi 3 minit ini memaparkan suami kepada wanita ini membantu pakcik tersebut dengan membeli semua jualannya. Malah dia turut memberi sumbangan duit kepadanya sehingga pakcik tersebut sebak dan menangis. Video tersebut mendapat lebih 13k perkongsian dan ada yang tertanya-tanya mengenai keluarga pakcik ini.Di ruangan komen, seorang individu dikenali sebagai Nurul Amiera Zaini dipercayai anak kepada pakcik tersebut tampil memberi penjelasan bahawa dia masih ada menjaga ayahnya namun disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dia tidak dapat pulang ke Melaka.

Terima kasih sebab telah beli kesemua buah yang ayah saya jual . Actually pak cik ni adalah ayah saya. Kami adik beradik jauh. Saya di KL dan adik saya di penang jadi sejak PKP ni dah lama tak balik Melaka. Last jumpa tahun lepas masa kerajaan umum boleh rentas negeri. Dah berapa bulan tak jumpa ayah saya tapi saya selalu video call, telefon dan whatsapp tanya khabar.

Tambahnya lagi, ayahnya berkeras ingin bekerja kerana bosan duduk di rumah walaupun kesihatannya tidak mengizinkan. Nurul Amierah turut menjelaskan bahawa dia ada memberi duit belanja namun terpaksa mengikut kehendak ayahnya yang ingin mengisi masa lapang.

Syukur ada sudi bantu ayah

Walau bagaimanaun, dia akan bawa ayahnya ke Kuala Lumpur dan akan menasihati ayahnya agar lebih fokus kepada ibadat sahaja memandangkan dia sudah beberapa kali  ditegur kononnya membiarkan ayah berniaga dalam usia begini.

Kami anak-anak sentiasa ambil berat pasal ayah dan selalu nasihat supaya jangan kerja tapi kehendak dia sebab dari muda dah biasa kerja dan tak tahu duduk diam. Apa pun terima kasih atas doa kalian semua utk kesihatan ayah saya dan saya doa agar kalian semua dipermudahkan urusan didunia dan diakhirat. Amin.

Dalam pada itu, dia sempat berterima kasih kepada wanita yang bantu ayahnya sehingga ayahnya gembira. Malah dia juga sangat berterima kasih atas semua doa dan komen-komen positif yang diberikan oleh orang ramai.

Saya syukur sebab semua dalam komen, komen positif dan doa kesihatan ayah saya. Alhamdulillah rezeki ayah saya dan dengan kongsi video ni akan ada rezeki untuk peniaga lain. Saya tak fikir negatif tetapi sebaliknya saya terkejut dan terharu ssebab ada hamba Allah yang tolong doa kesihatan dan rezeki ayah saya melimpah.

Sumber : Nurul Amierah ZainiAlina Farahin

SKIP THIS AD ×