Konsert Famili Duo minggu ketujuh menyaksikan pasangan Ayda dan Fyna Jebat dinobatkan sebagai juara mingguan. Bukan itu sahaja, pasangan ini turut berjaya melayakkan diri ke pentas final. Tahniah!
Artikel Berkaitan: Ambil Keputusan Enggan Beri Komen, Tiba-Tiba Mas Idayu…
Carta keseluruhan
Selain Ayda dan Fyna, pasangan Zaki Yamani dan Yamani Abdillah, Bella Astillah dan Wani Kayrie serta Sissy Imann dan Naim Daniel turut berjaya ke pentas akhir.
Manakala, tiga pasangan lain iaitu Sabhi Saddi dan FareedPF K-Clique, Siti Sairah dan Siti Saida serta Ara Johari dan Shaffiq Erwin terpaksa berpuas hati apabila perjuangan mereka tamat di peringkat separuh akhir sekali gus gagal untuk mara ke pentas akhir Famili Duo selepas tidak berjaya menempatkan diri di kedudukan empat teratas carta mingguan.