Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat berkongsi kejadian lucu yang dialami suaminya iaitu Nabil Mahir ketika mereka berada di Sarawak baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: Nabil Mahir Bangga Dengan Ayda Jebat, Sanggup Jahit Semula Bekas Caesar Demi Peminat

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nabil Mahir Terkejut Ulat Maggot Melekat Di Leher – ‘Lalat Beranak Ke Apa Ni?’

Perkongsian Ayda

Menerusi hantaran di Threads, Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 34, mendedahkan Nabil telah menerima dua keping kertas yang berisi nota dan nombor telefon daripada individu yang tidak dikenali.

Tengah lepak ada orang bagi dua kertas dekat Nabil. Nabil buka satu dan ada tulisan ,’Hi! Please call me.’

Saya baca juga tapi tak terkejutlah sebab dia memang helok (kacak) tapi saya perhati je siapa pula yang nak try laki saya ini.

Selepas buka kertas yang kedua, ada nombor telefon. Memang berani!

Tidak lama kemudian, mereka didatangi oleh seorang lelaki yang mengakui bahawa dirinya adalah pengirim nota tersebut.

Menurut ibu kepada tiga orang anak ini, lelaki berkenaan memuji personaliti Nabil serta menyatakan hasrat untuk menjalankan perniagaan bersama.

Nabil, saya dan bos pun gelak-gelak. Tak sampai lima saat, datang seorang lelaki dekat tepi Nabil.

Dia terus tegur Nabil, dia cakap lebih kurang macam ini, ‘Hi, saya yang bagi (kertas). Nama saya..’

Katanya lagi ,’Saya suka gaya awak, awak bukan kaki perempuan..’

Lebih kurang empat kali atau lebih dia sebut ‘I really like you too Nabil’. Dia cakap nak buat bisnes sama-sama.

Walaupun situasi itu agak janggal untuk mereka, namun Ayda menganggap kejadian tersebut sebagai salah satu momen yang mencuit hati dan tidak akan dilupakan.

Moralnya, sekarang penyondol bukan perempuan je, lelaki pun boleh.

Yang mengorat Nabil tu bukan orang Sarawak, dia cakap ada bisnes trip di situ, mungkin juga bukan orang Malaysia.

Apa-apa pun, kami ketawa dan akan ingat kejadian ini sampai tua.

Untuk info, Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata iaitu Ana Nayla dan Aali Mateen sebelum kehadiran anak ketiga, Anggun Mikayla pada 26 Januari lalu.

Sumber: Threads