berita

Ayda Jebat & Jinnyboy Kongsi Kejutan Untuk Ahli Watsons. Siap ada hadiah ke Maldives Tau!

April 10th, 2019 | by Asyraf Khalib
Shout Out!

Watsons ni ‘berhantu’ beb. Kalau admin lalu je depan Watsons, mesti kaki ni kena langkah masuk jugak. Walaupun sekejap, keluar je mesti tangan dah menyambar satu dua barang. Paling best kalau korang ada kad keahlian Watsons. Tak pernah tak murah!

Bulan April dah tiba, dan admin dapat tahu Watsons bawa banyak berita gembira. Yela, bukan satu tapi tujuh kejutan luar biasa. Bagi korang yang memang dah ada kad ahli Watsons tu, wajib baca berita baik ni. Dan mana yang baru nak mendaftar pulak, jangan skip point 2!

Ayda Jebat dan Jinnyboy pun dah masuk team Watsons!

Haaa… tengok Ayda Jebat dengan Jinnyboy terus excited la tu! Kalau korang nak tahu, Ayda Jebat dan Jinnyboy dah pun mendaftar secara rasmi sebagai ahli Watsons. So, sekarang ni kedua-dua selebriti hebat ni sangat mengalu-alukan korang yang belum jadi ahli Watsons lagi untuk cepat-cepat daftar kad keahlian Watsons!

Korang nak tahu tak apa yang Ayda Jebat dan Jinnyboy share dengan admin pasal kelebihan baru kad keahlian Watsons?? Jom admin kongsi pulak dengan korang satu persatu! Benda baik kita kena share.

1. Kini kad keahlian Watsons ada 12 manfaat

Kalau sebelum ni, kad keahlian Watsons ada 8 manfaat sedia ada je kan, tapi sekarang Watsons dah upgrade dan tambah lagi beberapa kelebihan baru. So, total jadi 12 manfaat dalam satu kad! Bukan biasa-biasa ni. Patut la Ayda Jebat dengan Jinnyboy pun laju je daftar jadi ahli Watsons.

  • 5% diskaun untuk produk jenama Watsons
  • 10% diskaun untuk item farmasi terpilih bagi mereka berusia 45 tahun dan ke atas
  • RM1 dapat 1 mata ganjaran
  • Keahlian seumur hidup
  • 2X mata ganjaran untuk produk jenama Watsons
  • 5X mata ganjaran semasa bulan kelahiran
  • 10% diskaun eksklusif untuk pembelian melalui aplikasi Watsons pada hari Rabu
  • Diskaun keahlian
  • Diskaun produk kesihatan
  • Bayar guna mata ganjaran
  • 5X mata ganjaran jika membeli menggunakan kad Touch & Go Watsons
  • Lebih 2000 lokasi merchants di seluruh negara untuk #watsonsrewards

Dan paling seronok korang boleh nikmati diskaun istimewa hanya dengan flash kad keahlian Watsons untuk shopping lebih daripada 300 jenama terpilih seperti makanan, produk kecantikan, fesyen, percutian, produk kesihatan dan banyak lagi!

2. Daftar kad keahlian Watsons terus dapat baucar ganjaran bernilai RM5,000 serta merta!

“Trust me… Ini adalah tahun terbaik kalau korang daftar sebagai ahli Watsons!

Korang belum daftar? Belum jadi ahli Watsons? Jangan risau sebab Watsons sentiasa meraikan semua orang! Buktinya admin berani jamin kalau korang cepat-cepat daftar sebagai ahli Watsons sekarang, korang confirm terus dapat baucar ganjaran bernilai RM5000 hari tu jugak tau. Untung weh!

3. Tawaran terhad! Bayar guna aplikasi Boost & dapat 8X mata ganjaran

Mana-mana dah jadi ahli Watsons tu, korang tahu tak boleh bayar guna Boost app di Watsons sekarang ni?

Kalau korang nak tahu, setakat ni kalau korang bayar guna Boost di Watsons, korang boleh dapat 8X mata ganjaran! Tapi tawaran istimewa ini sah sehingga 29 April 2019 sahaja atau siapa cepat dia dapat lah. Kalau korang lambat, lepastu tak dapat 8X mata ganjaran tu. Maaf lah ye. Jangan cari admin pulak. Hehe

Tak tahu cara nak download Boost? Korang boleh klik Boost. Lepas ni lagi senang nak shopping kat Watsons! Paling cun kalau belanja admin sekali.

4. Beli produk kesihatan terpilih & dapat health voucher bernilai RM10

Kalau korang tiap-tiap bulan suka beli suplemen dan produk-produk kesihatan ni. Elok la serbu Watsons. Paling penting kena guna kad keahlian Watsons lah dan korang boleh dapat baucar kesihatan percuma bernilai RM10. Kalau baucar RM10 tu tak tahu nak guna untuk apa, bagitau admin okay!

Time barang tengah naik harga, tiba-tiba Watsons bagi baucar lagi. Indahnya dunia.”

5. Promosi BELI 1 PERCUMA 1 di beberapa merchant berikut

Paling best Promosi Mingguan Beli 1 Percuma 1 sepanjang April ni. Ingat, korang wajib bawa kad keahlian Watsons pergi ke mana-mana kedai yang admin list dekat bawah ni, dan boleh claim 1 lagi makanan free yang terpilih. Yes, makanan weh! Boleh la belanja yang tersayang.

Ada terma dan syarat ya anak-anak! Ikut tarikh admin bagi ni.

Sakae Sushi

1-7 April 2019

Hui Lau Shan

8-14 April 2019

 

Dunkin’ Donuts

15-21 April 2019

(Kalau untuk Dunkin’s Donuts korang kena print coupun bawa sekali ya)

BBQ Chicken

22-28 April 2019

 

6. Berbelanja RM60 & berpeluang dapat baucar ganjaran percuma RM500!

Yes, ini pun berita sangat baik untuk ahli Watsons! Sekarang ni kalau korang berbelanja RM60 di Watsons, automatik korang berpeluang dapat baucar ganjaran RM500 secara percuma. Nak tahu seronok tak seronok, korang join jadi ahli Watsons dulu dan try la shopping di Watsons sekarang. Untung berganda-ganda.

 

7. Beli produk jenama Watsons RM50, dapat 2000 mata ganjaran percuma

Kalau tadi admin share bila korang berbelanja RM60 dapat baucar RM500 kan? Tapi yang ni pulak kalau korang beli produk jenama Watsons RM50 ke atas, korang boleh dapat 2000 mata ganjaran secara percuma. Kalau macam tu, admin cadangkan korang beli produk brand Watsons banyak-banyak then boleh kumpul mata ganjaran. Lepas tu boleh guna points terkumpul tu untuk beli barang lain. Syok weh! Jimat berganda-ganda.

8. Tawaran istimewa April, beli item kedua dengan 60% diskaun!

Eh tak habis lagi. Ada diskaun lagi ke? Yesss, jangan tak percaya pulak sebab promo ni memang sedang berlangsung pun di Watsons sekarang dan ia sah sehingga 29 April 2019 (WM) dan 6 April 2019 (EM).

Apa yang menarik pasal promo ni adalah kalau korang beli mana-mana produk yang terpilih dekat Watsons, admin recommend korang ambik satu lagi item yang sama sebab korang akan dapat 60% diskaun untuk item kedua tu. 60% tau, jimat banyak tu! Tapi tawaran istimewa ini terhad kepada item yang terpilih dan selagi stok masih ada sahaja ye.

Guys! Jangan lepaskan peluang menangi Percutian Mewah di Club Med Maldives

Okay… kali ni admin tak tahu nak cakap ini berita gembira atau ini berita patut menjerit. Haha. Watsons bukan setakat upgrade segala macam kelebihan pada kad keahlian mereka je tau. Tapi ahli Watsons yang aktif dan sangat setia shopping kat Watsons tiap-tiap bulan tu berpeluang menang macam-macam lagi hadiah. Paling admin teruja, pemenang utama berpeluang dapat pakej percutian 4 hari 3 malam di Club Med Maldives. Omg!

Eh… berangan apa lagi tu, jom ke Watsons sekarang, daftar sebagai ahli dan nikmati lebih manfaat dengan kad keahlian Watsons! Layari Watsons untuk maklumat lanjut.

Lepasni boleh pesan dekat family dan kawan-kawan. Kalau nak shopping dekat Watsons, elok guna member card Watsons, mana tahu bertuah dapat pergi bercuti. Bak kata Watsons…

“Members get even more!”

SKIP THIS AD ×