berita

Ayda Jebat Mohon Maaf Gelar Kaki Sherry Gemuk, Dedah Apa Sebenarnya Berlaku

November 13th, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Tular di media sosial video pelakon Ayda Jebat mempersenda saiz kaki pengacara Sherry Al-Hadad ketika mengacarakan sebuah konsert beberapa hari lalu. Tindakan Ayda Jebat itu mengundang rasa kurang senang dalam kalangan penonton yang beranggapan ianya sebagai keterlaluan.

Ayda Jebat bagaimanapun tampil memohon maaf sambil mengakui tidak berniat untuk melukakan hati Sherry dan netizen. Tambah Ayda, apa yang berlaku sebenarnya telah dirancang.

Perlu ke gurau macam tu?

Video ini menyaksikan pengacara Sherry Al-Hadad mengendalikan sebuah konsert di ibu negara, tempoh hari. Video ini telah mendapat 9 ribu retweet dan rata-rata netizen ‘sound’ tindakan Ayda Jebat itu.

Attitude pula tak okay

Ini merupakan antara petikan respon netizen berhubung tindakan dan kata-kata dari pelakon drama Rindu Awak 200% itu. Netizen kurang berpuas hati dengan sikap Ayda Jebat yang dilihat terlalu kurang ajar.

Sudah dirancang lebih awal

Sehubungan itu, Ayda Jebat tampil meminta maaf kepada sesiapa saja yang terasa hati dengan kata-katanya itu terhadap saiz kaki Sherry Al-Hadad, tempoh hari. Dia tidak pernah berniat untuk menghina sesiapa dan tindakan itu sudah dirancang oleh mereka lebih awal.

Sebenarnya, saya dan Sherry ada berbincang mengenai perkara itu sebelum kami muncul bersama menjayakan program berkenaan. Bagaimanapun, biasalah apabila bersiaran langsung ada kalanya perkara yang dirancang itu akan jadi terlebih atau terkurang. Memandangkan ia sudah berlaku, maka saya terima kecaman daripada netizen dengan rasa tanggungjawab kerana melafazkan dialog sebegitu.

Saya terima dengan berlapang dada

Penyanyi Pencuri Hati itu bagaimanapun memohon maaf kepada peminat dan individu yang terasa hati dengan gurauannya itu. Dia terima teguran dari netizen dan berjanji akan memperbaiki dirinya kelak.

Apapun, saya dengan perasaan rendah hati memohon maaf kepada mereka yang terasa hati atau terguris dengan kata-kata dialog diluahkan itu. Namun, saya percaya dan yakin dengan apa yang berlaku itu ada hikmahnya. Baik atau buruknya, saya terima dengan berlapang dada.

Saya juga mengambilnya sebagai pendekatan dalam proses pembelajaran untuk memperbaiki diri ke arah lebih berhemah pada masa akan datang. Justeru, saya turut melihat setiap kecaman dan teguran yang datang daripada netizen itu kerana mereka sayangkan saya. Jadi, saya terima dengan positif.

Sumber: Ayda Jebat, Metro

SKIP THIS AD ×