Pelakon, Ayda Jebat akhirnya mengesahkan dirinya kini sedang hamil cahaya mata sulungnya bersama suami, Nabil Mahir. Menurut Ayda, kandungannya kini sudah memasuki usia empat bulan dan dijangka bersalin pada Oktober depan.
Artikel berkaitan: ‘Tolong Hormat Urusan Orang Lain’ – Nabil Mahir Kecewa Laporan Ayda Jebat Hamil
Berita gembira tersebut dikongsikan oleh Nabil dan Ayda Jebat sendiri di media sosial mereka. Tahniah!
Our junior is coming
Saya bakal menjadi seorang ayah. Bismillahirohmanirrohim, Alhamdulillah, semasa hari lahir saya. Saya sangat gembira dan ingin memberitahu kepada semua bahawa isteri saya sedang hamil. Video ini dirakam semasa isteri melakukan kejutan terhadap saya. Berita paling gembira.
Menurut Nabil, dia mendapat tahu mengenai berita tersebut semasa hari ulang tahun kelahirannya baru-baru ini. Tambahnya, dia tidak tahu mengenai perkara tersebut sehingga Ayda menyuruhnya untuk membuka sebuah kotak. Sebagai seorang suami, Nabil kelihatan terkejut sebaik sahaja melihat alat ujian kehamilan.
View this post on Instagram
Ternyata, isterinya sudah berbadan dua pada masa tersebut. Ujar Nabil lagi, berita gembira itu merupakan hadiah yang paling bermakna buat dirinya dan Ayda pada tahun ini.
Tak boleh bau dapur
Saya tak boleh bau dapur rumah Nabil dan hand sanitizer dia.
Menerusi Instagram Ashry, lelaki ini sempat merakam sedikit mengenai alahan yang dialami oleh Ayda sepanjang tempoh kehamilan pertama ini. Menurut Ayda, dia tidak boleh bau dapur rumah suaminya dan juga hand sanitizer yang dipakai oleh Nabil. Tambah Ayda, dia akan bergegas naik ke bilik di tingkat atas seandainya pulang ke rumah Nabil.
Saya akui agak tertekan hingga terlalu banyak berfikir kerana kecewa apabila berita kehamilan yang didedahkan itu bukan daripada saya dan suami. Saya mengalami pendarahan hingga dimasukkan ke hospital. Apapun, semua kembali terkawal selepas itu. Saya ambil masa untuk umumkan perkara ini dengan jenama yang sudah saya terikat. Pada masa sama, saya perlu mengatur komitmen dan sesi fotografi dengan jenama berkenaan. Saya juga percaya usia kandungan sekarang adalah tempoh terbaik untuk berkongsi berita ini.
Nabil turut memberitahu bahawa dia terpaksa menukar hand sanitizer yang dipakai serta merta bagi mengawal alahan isteri tercinta. Terdahulu, viral di media sosial apabila ada segelintir netizen mendakwa Ayda sudah hamil. Berikutan daripada itu juga, Nabil memberitahu bahawa dia akan mengumumkan sendiri seandainya berita yang di viralkan itu sahih atau tidak.
Sumber: Nabil Mahir