Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat berkongsi tingkah laku anak keduanya, Aali Mateen menunjukkan perubahan positif selepas mempraktikkan pengurangan penggunaan skrin sepenuhnya.

Artikel Berkaitan: Ayda Jebat Bawa Anak Keluar Beraya Hanya Selepas Cecah Usia Setahun – ‘Sebenarnya Bukan Dari Segi Kesihatan Saja..’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ayda Jebat Menyanyi Atas Kerusi Roda, Warganet Puji Sikap Profesional Bekerja

Anak tanpa gajet

View on Threads

Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Nur Suhada Jebat, 33, berkata perubahan itu jelas dapat dilihat selepas anaknya tidak lagi mengamuk dengan teruk seperti sebelum ini.

Hari ini hari ke-11 Dedek (nama panggilan Aali Mateen) tak tengok televisyen. Tiada screentime langsung!

Saya perasan bila dia tengok tv, dia akan cepat tantrum, menjerit, susah nak dengar cakap, tak focus, nak suruh duduk sekejap pun takkan dapat. Overstimulate sebab over screentime?

Ayda turut mengakui dengan cara pengurangan skrin ia dapat membantu tumbesaran anaknya.

Menurutnya, orang sekeliling turut memainkan peranan penting dalam memastikan anaknya terdedah kepada penggunaan telefon bimbit.

Sumpah tak tipu, sekarang nampak berbeza sangat bila tiada screentime.

Masya-Allah, dah start bercakap, bila kita cakap dia dengar dan beri respon, ikut, senang nak handle.

Sumber: Threads