
Penyanyi dan pelakon terkenal, Ayda Jebat meluahkan rasa terkilan terhadap segelintir individu yang menjadikan nama bapanya sebagai bahan jenaka.
Artikel Berkaitan: ‘Nak Marah Tapi Tengah Sabar’ – Ayda Jebat Geram Pintu Kereta ‘Dihentak’ Di Parkir, Tiada Kata Maaf Diberi
Artikel Berkaitan: ‘Ada Juga Yang Tak Nak Bagi Naik Lif, Tapi Saya Chill Saja’ – Ayda Jebat
Golongan warga emas bergurau

Menerusi hantaran di platform Threads, Ayda atau nama lengkapnya Nur Suhada Jebat, 33, mendakwa ada segelintir individu yang berseloroh dengan mempermainkan nama bapanya.
Tak tahu perlu ambil hati atau tidak. Kadang bila pak cik, mak cik cakap ‘Oh ni la Ayda Jebat! Anak si Jebat derhaka tu!’ sambil gelak-gelak.
Itu kan nama bapa saya.
Bapa Ayda berusaha pulih dari stroke

Menurut Ayda, dia berasa kurang senang dengan sikap individu berkenaan yang dilihat seolah-olah tidak sensitif berikutan bapanya kini sedang berusaha untuk pulih dari penyakit strok.
Orang tu tengah berusaha nak pulih daripada strok, pak cik mak cik main-mainkan nama dia. Ok baik, sebab orang tua kita kena terima saja la kan? Senyum je la.
Ujarnya lanjut, pelantun lagu Pencuri Hati itu berkongsi perasaannya kerana hari tersebut merupakan ulang tahun kelahiran bapanya, menjadikan insiden tersebut terasa lebih menyentak hati.
Saja kongsi, sebab hari ini hari ulang tahun kelahiran Papa dan baru je kejadian itu jadi semalam.
Sumber: Threads








