Jika sebelum ini, vokalis kumpulan Floor88 iaitu Ayie, rebah dan pengsan ketika membuat persembahan di Negeri Sembilan. Terbaru, kumpulan itu terpaksa berdepan dengan satu lagi ujian apabila Ayie disahkan mengalami masalah pada pita suaranya sehingga dinasihatkan oleh doktor untuk berehat.
Sedang mencari penyanyi
https://www.instagram.com/p/B7f1bQdgQPy/
Menerusi Instagram Floor88, mereka sedang mencari vokalis kedua untuk kumpulan itu. Menurut kriteria yang ditetapkan, mereka memerlukan seorang penyanyi yang boleh menyanyi dengan baik, berperwatakan menarik, usia dalam lingkungan 18 hingga 25 tahun, tidak merokok mahupun mengambil barangan terlarang seperti dadah dan sebagainya. Manakala, mengenai soal jantina pula mereka tidak kisah sama ada lelaki mahupun perempuan.
Saya dah lebih 25 tahun
Di ruangan komen, rakan artis seperti Wany Hasrita, Harry Khalifah dan Zetty Hotfm meninggalkan komen bahawa mereka ingin menyertai kumpulan tersebut. Namun apa daya, usia mereka sudah melebihi 25 tahun.
Sumber: Floor88