berita

Ayu Raudhah Selamat Timang Anak Keempat, Kongsi Detik Cemas Sebelum Bersalin

February 16th, 2019 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Pelakon jelita Ayu Raudhah dan suaminya, Zaquan Adha nampaknya tidak mengambil masa yang lama untuk berkongsi foto anak lelaki mereka yang baru dilahirkan.

Menerusi Instagram Ayu dan Zaquan, ternyata pasangan tersebut sungguh gembira dan bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan. Sebagai seorang ibu yang pernah melahirkan tiga orang cahaya mata sebelum ini, Ayu tetap berkongsi pengalamannya kali ini. 

Pengalaman berbeza setiap anak

https://www.instagram.com/p/Bt3ZunPBLzx/

Menurut Ayu, urusan bersalin kali ini berbeza jika dibandingkan dengan sebelum ini. Baginya, anak pertama dan kedua tidak rasa begitu sakit kerana dia sempat mengambil epidural sebelum bersalin, manakala anak ketiganya pula mungkin faktor bayinya perempuan, urusan tersebut lebih mudah sedikit.

Kali ini dia betul-betul rasa turun tanda, pecah ketuban dan contraction. Bukaannya pun 3cm hingga 10cm dalam 1 jam. Tambahnya, kali ini merupakan kali pertama dia dapat merasai nikmat bersalin betul-betul sama macam orang lain cuma cepat dan sakit sekejap bersama orang tersayang di labour room.

Agak-agak Aisy?

Manakala menerusi Instagram Zakuan, dia sudah mula memikirkan soal nama yang sesuai buat puteranya itu. Yang pasti nama buat puteranya itu mempunyai maksud yang baik-baik.

Ayu dan Zaquan mendirikan rumahtangga pada 2011 dan dikurniakan tiga orang anak sebelum ini iaitu Muhammad Aisy Qaiser, Muhammad Aisy Aryann dan Laura Zuleykha.

Sumber: Ayu Raudhah & Zakuan Adha

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×