berita

Azad Jazmin Bakal Digandingkan Dengan Lara Dutta Dalam Filem Bollywood

May 19th, 2014 | by Ai
Kini Trending

image

Wah bukan Emma Watson dan John Travolta je dapat tawaran berlakon filem Bollywood, pelakon Malaysia pun nampaknya memperoleh peluang yang sama.

Menerusi portal mStar Online hari ini, aktor yang berasal dari Pulau Pinang, Azad Jazmin dikhabarkan menerima tawaran tersebut selepas wataknya sebagai pendatang asing warga India dalam filem Kolumpo mendapat perhatian produser filem luar negara.

Pada mulanya saya skeptikal dengan pelawaan Bront apabila dia mahu saya membawakan watak sebagai pendatang asing warga India kerana saya bimbang peranan itu akan memusnahkan karier lakonan saya.

Bagaimanapun ia menjadi sebaliknya kerana sejak Kolumpo ditayangkan di beberapa festival filem di luar negara saya mendapat beberapa tawaran dan saya berterima kasih terhadap Bront kerana percayakan bakat lakonan saya.

41386645363_freesize

Lakonan Azad sebagai warga asing dalam filem Kolumpo

Menurut suami kepada Eira Syazira ini, dia terkejut apabila diberi peluang berlakon sebanyak 22 adegan di samping bintang Bollywood iaitu Lara Dutta dalam sebuah filem.

Saya kadang-kadang bingung kenapa saya dipilih dan ingatkan watak tempelan tetapi rupa-rupanya saya ada 22 babak bersama Lara.

Dalam pada itu, Azad turut menerima satu lagi tawaran berlakon dalam sebuah drama bersiri rangkaian saluran televisyen BBC di London namun masih belum memberi kata putus berkenaan perkara itu.

Mereka mahu saya mengikat kontrak selama 5 tahun untuk siri berkenaan dan banyak perkara perlu saya ambil kira sebelum membuat sebarang keputusan. Tambahan pula saya masih mempunyai beberapa baki filem untuk diselesaikan bersama Grand Brilliance (GB) selain komitmen lain.

Kredit foto: Instagram Azad Jazmin

SKIP THIS AD ×