Ahli kumpulan Ruffedge, Azan dan Mode menyatakan pendapat mereka berhubung isu promosi jualan tiket konsert antara pihak promoter dan artis.
Artikel Berkaitan: Azan Ruffedge Tegur Sikap Penganjur Tidak Serius Promosikan Konsert – ‘Jadikan Artis Ibarat Barang Untuk Niaga’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tak Dapat Sebarang Kontrak Daripada Pihak Penganjur’ – Aisha Retno Terkilan Tiada Perbincangan Sebelum Umum Batal Konsert
Promoter patut jalankan tugas
Ketika ditemui OhBulan!, Azan atau nama sebenarnya Azan Addin Abdul Wahab, berpendapat pihak promoter tidak boleh hanya bergantung kepada media sosial semata-mata dan perlu melakukan iklan di platform lain.
Dahulu promoter akan buat promosi menggunakan papan iklan gergasi dan di TV, tiada sosial media pun ketika itu.
Kalau sekarang kita buang terus iklan di papan iklan gergasi dan di TV, tak buat sidang media dan hanya iklan di radio, ia akan merugikan pemasaran konsert berkenaan.
Sementara itu, pelantun lagu Lemas tersebut juga menegaskan bahawa pihak promoter tidak seharusnya menuding jari terhadap artis berhubung isu promosi.
Jangan mengharapkan artis yang menjual tiket sebab artis ‘jual’ muzik mereka. Nama pun promoter konsert jadi tugas mereka kena mempromosikan konsert.
Artis adalah produk. yang mempromosikan produk adalah promoter. Kalau promoter salahkan artis, agak peliklah kerana cari salah produk sendiri padahal itu kerja mereka.
Mereka perlu bekerja keras untuk mempromosikan konsert artis tersebut. Keluarkan lagi duit sebab itu memang perniagaan mereka.
Manakala artis pula sama ada tiket tersebut habis dijual atau tidak, mereka akan tetap mencipta muzik.
Azan dan Mode berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Gammon Music Fantasia di restoran Saprah, Kuala Lumpur pada Selasa.
Pengalaman sendiri
Bercerita lanjut, Azan dan Mode mendedahkan bahawa mereka juga pernah mengalami sendiri apabila pihak promoter konsert tidak melakukan promosi.
Kami bangkitkan isu ini kerana kami pernah terkena dua kali. Kami dijadualkan membuat persembahan di luar negara, tapi penganjur tidak mengadakan sidang media.
Peminat di sana pun tak tahu kami nak datang.
Kami nak fokus dengan persembahan dan nak buat latihan lagi, jadi kami tak mampu nak fikir tentang pemasaran dan promosi. Jadi takkan ada isu.
Kalau promoter bergaduh dengan artis, promoter nak ‘jual’ apa?
Ini bukan roket sains, benda ini mudah sahaja untuk mempromosikan konsert.
Dalam pada itu, Mode atau nama sebenarnya Syed Mohammad Syed Abdullah berkata, artis tidak akan ada masalah untuk memenuhi aktiviti promosi namun promoter juga harus menjalankan tugas mereka.
Kita ada peranan masing-masing, jangan campur aduk.
Lagi pula, artis tetap akan beri kerjasama kalau diminta, kami akan tetap turun padang dan buat promosi bersama.
Tetapi kalau tidak dipanggil, jadi macam mana kami nak pergi buat promosi.
Dalam perkembangan lain, Ruffedge bersama Hujan, Bunkface, Kangan Band dan D’Masiv akan melangsungkan konsert Gammon Music Fantasia pada 25 Januari 2025 di Spice Arena, Pulau Pinang.