
Pelakon Azar Azmi meluahkan rasa syukur apabila masih diberikan peluang untuk kembali aktif dalam dunia lakonan selepas berdepan kontroversi sebelum ini.
Artikel Berkaitan: Azar Azmi Enggan Ulas Kes Mahkamah Suami, Sibuk Cari Duit Besarkan Anak-Anak
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Azar Azmi Tak Dapat Tahan Sebak, Kembali Berlakon Selepas 7 Tahun – ‘Saya Nervous, Takut’
Azar Azmi kembali berlakon

Azar atau nama lengkapnya Azar Ameerah Azmi, menyangka orang ramai tidak lagi menerima kehadirannya dalam industri hiburan dek kontroversi tersebut. Namun tanggapannya salah apabila masih ramai yang memberi sokongan dan peluang kepadanya untuk terus berkarya.
Saya rasa apa yang jadi, saya ingat, sesuatu benda yang buruk tu, okay orang dah tak sukakan kita.
Tapi saya tak sangka, Alhamdulillah rezeki, one by one mungkin apa yang saya dapat hari ni sebenarnya adalah rezeki anak-anak. Saya menumpang rezeki diorang saja.
Saya tak sangka saya masih ada ruang dan peluang dalam industri. Sebab lima ke tujuh tahun tu mustahil la saya tak rindu untuk bekerja semula, untuk berkarya semula. Bila ada peluang tu, saya rasa macam terharu.
Bercerita lanjut mengenai kemunculannya semula di set penggambaran, Azar mengakui pada awalnya dia berdepan rasa gugup dan kekok kerana sudah bertahun-tahun meninggalkan dunia lakonan.
Bagaimanapun, dia bersyukur kerana menerima layanan baik daripada seluruh tenaga produksi yang banyak membantunya menyesuaikan diri sepanjang proses penggambaran.
Pada mulanya ada rasa kekok nak mula balik berlakon sebab lama sangat kan. Tapi Alhamdulillah, team membantu, pengarah membantu, pembantu pengarah membantu dan semua kru-kru, Alhamdulillah.
Pengurus saya sendiri pun banyak bagi nasihat apa yang perlu, dia kata kena tenang masa sampai. Yang penting, apa yang dia pesan adalah persiapan. Itu yang buat perjalanan kita berjalan lancar.
Ujar pelakon drama Nur ini lagi, dia tidak pernah menyangka masih ada pihak yang sudi memberikan kepercayaan untuk kembali memegang watak dalam sesebuah naskhah.








