
Namun sebentar tadi, Astro Awani melaporkan bahawa pelakon popular ini berada dalam keadaan kritikal dan doktor mengesahkan barah tumornya sudah merebak ke kawasan lain.
Azean yang sepatutnya menjalani pembedahan semalam (18 April) terpaksa ditangguhkan oleh doktor ke tarikh 22 April iaitu hari Isnin depan atas sebab tertentu.
Mari kita sama-sama doakan semoga pembedahan seniwati Azean Irdawaty berjalan lancar.
Kepada anda yang mahu memberikan sumbangan ikhlas bagi membantu kos pembedahan, anda boleh salurkan terus ke akaun bank Azean Irdawaty Yusoef, 16240100009490 (RHB Bank).
Dibawah ialah foto terbaru Azean yang diambil dari laman Facebook Inessa Irdayanty.