Seorang wanita yang dikenali sebagai Romana memuji keperibadian pempengaruh terkenal, Azfar Heri.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rumah Terbuka Azfar Heri Hidang Makanan Berjenama, Netizen Puji Tak Kedekut – ‘Macam Ini Rupanya Open House T20’

Azfar Heri dipuji

Menerusi aplikasi Threads, Romana berkongsi momen sewaktu dirinya bertemu Azfar dalam satu majlis yang diadakan di sebuah pusat beli-belah terkemuka di ibu kota.

Menurut Romana, meskipun berstatus pempengaruh terkenal namun, Azfar mempunyai peribadi yang begitu rendah diri dan beradab.

Ada yang cakap pempengaruh terkenal, bila jumpa depan-depan sangat sombong dan susah untuk didekati.

Tak tahulah betul ke tidak sebab saya jarang pergi ‘event’.

Tapi minggu lepas saya terserempak dengan Azfar Heri di sebuah majlis di KLCC.

Dia sangat ramah dan beradab and begitulah dia macam mana kita lihat di media sosial. Terima kasih layan mak cik dengan baik.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dan berkongsi pengalaman sama sewaktu berjumpa dengan Azfar.

Komen netizen

Sumber: Threads