
Pelakon, Azhan Rani berdepan satu lagi insiden tidak diingini apabila dompet yang mengandungi kad pengenalan dan beberapa barangan penting miliknya hilang ketika berada di lokasi penggambaran di Pasar Kajang, Selangor, Isnin lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Azhan Rani Santuni Ibu Dengan Penuh Kasih Sayang, Netizen Tersentuh – ‘Syurga Buat Anak Yang Berbakti’
Hilang IC kali ketiga

Lebih mencemaskan, kejadian itu hanya disedari oleh Azhan, 50, selepas dia pulang ke hotel pada lewat malam.
Menurutnya, kesibukan menjalani penggambaran menyebabkan dia langsung tidak membuka beg silang yang dibawanya sepanjang berada di lokasi.
Dompet aku dalam sling bag hilang lagi. Kali ini dekat set penggambaran di Pasar Kajang. Aku tak perasan bila hilang sebab tak buka beg. Kunci kereta dalam itu pun aku tak keluarkan sebab dia sensor saja.
Dah lewat malam aku tak larat nak periksa. Sampai hotel baru perasan dompet dah hilang. Barang lain semua ada.
Menyedari dompetnya tiada, Azhan kemudian menggeledah kereta bagi memastikan dompet tersebut tidak tercicir atau terselit di mana-mana sebelum bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Kajang.
Dramalah lepas itu, habis geladah kereta sampai 2.30 pagi. Lepas itu buat laporan dekat Balai Polis Kajang, gedebak-gedebuk sampai dekat pukul 4 pagi. Balik terus pengsan macam orang baru balik clubbing.
Belum sempat berehat panjang, Azhan perlu pula menguruskan penggantian kad pengenalan sebelum kembali ke set bagi meneruskan penggambaran.
Apa yang mencuit hati, urusan mendapatkan kad pengenalan sementara itu dilakukan ketika wajah dan tubuhnya masih dipenuhi darah untuk menjayakan babak dalam drama berkenaan.
Awal pagi bangun, set hati ini dekat stesen bas Kajang. Dongak atas, ada pejabat Pendaftaran Negara. Hari ini pula babak aku comot-comot berdarah-darah.
Pergi ambil nombor giliran, sambung shooting lepas itu lari balik naik atas dengan tangan darah-darah. Macam kena serang gorila.
Dalam perkongsian sama, Azhan turut merakamkan penghargaan kepada kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Kajang yang membantu memudahkan urusannya mendapatkan kad pengenalan sementara.
Bagaimanapun, kehilangan kad pengenalan kali ini bukanlah pengalaman pertama buat Azhan kerana dia mengakui sudah tiga kali kehilangan dokumen penting itu dalam tempoh kurang tiga bulan.
Ini kali ketiga aku hilang. Tak sampai tiga bulan, hilang lagi. Jangan tanya berapa denda kali ini. Yang penting aku Malaysia, bukan Roro. Sebulan ke dua bulan ini IC aku pakai kertas putih saja. Hari ini aku marah diri sendiri.
Sumber: Instagram






![[VIDEO] Divo M Nama Baharu Diva M, Akui Sayang Tinggalkan Identiti Lama – ‘Biar Jadi Kenangan’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/DIVO-M.jpg)

