Pelakon Azhar Sulaiman menganggap membawa watak kurang upaya di drama bersiri terbarunya, Hilang Kasyorga meluaskan portfolionya sebagai seorang anak seni.

Artikel Berkaitan: Azhar Sulaiman Dedah Imam Muda Nak Jadikan Leona Isteri

Artikel Berkaitan: Azhar Sulaiman Tak Kisah Leona Kahwin Muda, Letak Syarat Buat Bakal Menantu – ‘Lelaki Tu Okay Dengan Asap Rokok Dalam Kereta’

Menjayakan watak orang cacat

Ketika ditemui OhBulan!, Azhar berkongsi pengalaman dalam menjayakan wataknya sebagai Pak Bakar yang memiliki kecacatan pada kaki.

Menurutnya, dia mengalami bengkak pada kaki dan pinggang selepas tiga minggu membawa watak orang kurang upaya (OKU).

Masa awal lakonkan Pak Bakar, saya main-main saja kehelkan kaki demi menjayakan lagi watak sebagai orang cacat.

Tapi lepas tiga minggu, kaki saya bengkak di sebelah tepi dan di belakang pinggang.

Bukan saya sengaja nak cederakan diri sendiri.

Saya cuba berjalan seperti biasa, tapi saya tak dapat menjiwai watak orang cacat.

Azhar berkata demikian ketika ditemui OhBulan! pada malam tayangan episod pertama dan sidang media drama bersiri terbaru, Hilang Kasyorga di One Utama, baru-baru ini.

Semangat berlakon

Dalam pada itu, Azhar berkata, usia dan pengalamannya dalam dunia lakonan membuatkan dirinya sentiasa ingin beri yang terbaik buat penonton.

Tambah Azhar, dia sentiasa bersyukur dengan peluang memegang watak-watak baru dalam lakonannya.

Pada usia begini, saya tidak boleh gagal dalam membawa satu watak yang diberi.

Susah atau senang, saya perlu cabar diri untuk menjiwai.

Saya bersyukur diberikan peluang seperti ini.

Penonton boleh menyaksikan drama Hilang Kasyorga arahan Feroz Kader yang turut dibintangi barisan artis terkenal seperti Kamal Adli, Nabila Huda, Adra Mikayla dan ramai lagi bermula 23 Jun 2025, jam 11 malam menerusi saluran DEGUP, Unifi TV.