berita

Azhar Sulaiman Rasa Wanita Tuduh Leona Skandal Suami Orang Sebenarnya Scammer – ‘Ini Scammer Newbie’

August 16th, 2022 | by Iera Zahirah
Isu & Kontroversi

Sebelum ini, anak kepada pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona dituduh menjalinkan hubungan sulit bersama suami orang. Azhar Sulaiman bagaimanapun menafikan dakwaan tidak berasas itu dan mempertahankan anaknya.

Artikel berkaitan : Leona Dituduh Jalin Hubungan Sulit Dengan Suami Orang, Azhar Sulaiman Minta Bukti – ‘Senang Sikit Nak Lempang Leona Nanti’

Mungkin ‘scammer’

Menerusi perkongsian terbaru Azhar di Facebook, pelakon berusia 51 tahun itu beranggapan bahawa mungkin wanita yang menuduh anaknya mempunyai hubungan sulit dengan suaminya itu merupakan seorang penipu (scammer).

Mungkin lelaki atau perempuan. Penulis mungkin dari ‘black origin’ bukan India.

Ini adalah newbie scammer. Pure Scammer yang tersalah target sebab tak buat research betul betul terhadap Subject.

Dalam pada itu, Azhar turut memuat naik perbualan mereka di aplikasi WhatsApp. Wanita berkenaan memberi alasan suaminya telah retweet ciapan Leona dan disebabkan itu dia mengesyaki si suami menjalinkan hubungan sulit bersama anak arkitek terkenal terbabit.

Nama suami saya adalah Alias Asgar Mohamed Islam. Saya nak tahu daripada awak dan anak awak sama ada dia kenal atau tidak suami saya.

Azhar menerusi satu perkongsian video baru bagaimanapun terkejut apabila kisah anaknya yang didakwa mempunyai skandal dengan suami dilaporkan di portal bahasa Mandarin.

Dapat keluar surat khabar/portal berbahasa Cina rasa banggalah..tapi for the wrong reason.

Sumber : Azhar Sulaiman

SKIP THIS AD ×