Malam kemuncak Festival Filem Asia Pasifik (FFAP) ke-61 yang berlangsung malam semalam di Grand Ion Delemen Hotel, Genting Highland telah mencatat sejarah apabila filem Thailand “How To Make Millions Before Grandma Dies” dinobatkan sebagai Filem Terbaik.

Artikel Berkaitan: Filem ‘Indera’ Lakonan Shaheizy Sam & Azira Shafinaz Dipilih Sebagai Filem Pembukaan Festival Filem Asia Pasifik Ke-61

Tahniah Azira & Fabian Loo!

Filem komedi/drama Thailand ini bukan sahaja membawa pulang trofi utama, malah berjaya meraih anugerah Pelakon Lelaki Terbaik melalui lakonan cemerlang Puthipong Assaratanakul, serta Lakon Layar Terbaik yang dimenangi oleh Thodsapon Thiptinnakorn dan Pat Boonnitipat.

Tidak ketinggalan, wakil dari Malaysia turut memberikan saingan sengit apabila berjaya mengungguli empat kategori anugerah. Azira Shafinaz dan Fabian Loo masing-masing dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita dan Lelaki Terbaik menerusi filem “Indera” dan “Rain Town”. Di samping itu, Malaysia turut meraih kejayaan dalam kategori Filem Pendek Terbaik melalui “The Lonely Piano” dan Anugerah Khas Juri menerusi filem “EMP4T”.

Senarai Pemenang

Filem Terbaik: How To Make Millions Before Grandma Dies – Thailand

Pengarah Terbaik: Anselm Chan Mou Yin (The Last Dance) – Hong Kong, China

Aktor Terbaik: Putthipong Assaratanakul (How To Make Millions Before Grandma Dies – Thailand

Aktres Terbaik: Michelle Wai (The Last Dance) – Hong Kong, China

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Fabian Loo (Raintown) – Malaysia

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Azira Shafinaz (Indera) – Malaysia

Lakon Layar Terbaik: Thodsapon Thiptinnakorn, Paat Boonnitipat (How To Make Millions Before Grandma Dies – Thailand

Sinematografi Terbaik: Joseph Christoforus Fofid (Woman From Rote Island) – Indonesia

Penyuntingan Filem Terbaik: William Chang Suk Ping, Curran Pang (The Last Dance) – Hong Kong, China

Skor Muzik Asal Terbaik: Indraadip Dasgupta (Padatik) – India

Kesan Bunyi Terbaik: Book Chien, Sun Sy-Yuan, Thang Hsiang-Chu (Eye of The Storm) – Taiwan

Kesan Visual Terbaik: Archin Yen (Eye Of The Storm) – Taiwan

Pengarah Seni Terbaik: Yiu Hon Man (The Last Dance) – Hong Kong, China

Solekan dan Kostum Terbaik: Somnath Kundu, Sabarin Das (Padatik) – India

Koreografi Aksi Terbaik: Blue Room – Filipina

Filem Pendek Terbaik: The Lonely Piano

Media Baharu Terbaik: Wo Long Feng Chu

Anugerah Khas Juri: Filem Emp4T Singapura, Malaysia

Anugerah Khas Juri: Filem Side-Seeing The Movie – Vietnam, Thailand

FPA Paling Cemerlang: Anugerah Pembikin Filem Cemerlang / Raymond Wong Pak Ming

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Sammo Hung