Pasangan selebriti Azlan Komeng dan Nur Nilam Ortiz tidak mahu membuka tabung sumbangan bagi meraih wang demi kelangsungan hidup selepas mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Beg Berisi Wang Hilang Semasa Kemalangan, Azlan Komeng Mohon Pulangkan – ‘Kami Tak Sedar Duit Hasil Perniagaan Tercampak Ke Mana’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isteri Kongsi Keadaan Terkini Azlan Komeng, Coretan Istimewa Buat Ramai Terharu – ‘Kau Memegang Akad Kita Dengan Erat’
Berniaga, rezeki Allah
Nilam, 46, berkata, biarpun kesihatan mereka belum pulih sepenuhnya, namun percaya dengan rezeki yang diaturkan Allah S.W.T.
Ramai yang tanya kami tak buka tabung sambungan ke? Kami tidak buka, insya-Allah Allah akan cukupkan keperluan kami.
Nilam berkongsi mengenai perkara itu menerusi sebuah hantaran di TikTok miliknya.
Dalam pada itu, Nilam berkata, dia percaya dengan berkat usaha menjalankan perniagaan atas talian secara kecil-kecilan dapat membantu mereka membeli barang keperluan harian.
Allah hadirkan orang-orang baik untuk sokongan jualan sos kami.
Saya dan Azlan tak nak buka tabung bantuan, insya-Allah kami berniaga sos hijau Thai.
Hasil daripada jualan boleh beli pampers (lampin), susu dan barang keperluan lain.
Saya tidak mampu nak buat banyak pack, saya masih belum larat. Kami jual 500 paket sahaja dulu, RM18.90 sahaja.
Minggu lalu, Nilam memaklumkan dirinya dan Azlan telah terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kuala Lipis, Pahang.
Menurut Nilam, kenderaan yang dipandu Azlan telah bertembung dengan sebuah van ketika mereka dalam perjalanan ke tapak berniaga.
Kemalangan tersebut memerlukan Azlan menjalani pembedahan pada bahagian tangan kanan dan mengalami kecederaan lain iaitu patah pada bahagian kedua-dua belah kaki dan pinggul.
Sumber: TikTok