
Pelawak, Azlee Senario meluahkan rasa syukur selepas dua kereta kepunyaannya kini bebas daripada hutang.
Artikel Berkaitan: Keadaan Kesihatan Makin Baik, Azlee Senario Belanja RM2,500 Sebulan Untuk Perubatan – ‘Saya Perlu Makan 15 Jenis Ubat’
Bebas hutang
Menerusi perkongsian di TikTok, Azlee atau nama sebenarnya Muhammad Azlee Jaafar memuat naik gambar dua kenderaannya iaitu Toyota Vellfire dan Honda CR-V sambil meluahkan rasa syukur di ruangan kapsyen.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah (sudah) bebas hutang kedua-dua keretaku Toyota Vellfire, 11 Tahun dan Honda CR-V, 12 tahun.
Selepas sekian lama bertarung, akhirnya selesai.
Terima kasih Allah kerana memberiku nikmat pinjaman harta di bumi milikmu.
Perkongsian tersebut kemudiannya meraih perhatian wargamaya dan mendapat lebih 43,000 tontonan dan lebih 800 tanda suka.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah kepada Azlee yang kini bebas daripada hutang kereta.
Komen netizen
Sumber: TikTok