berita

Aznil Nawawi Dianugerahkan Gelaran ‘Datuk’

February 1st, 2013 | by Ai
Kini Trending

Screen-Shot-2012-08-03-at-1.07.37-PMTahniah diucapkan pada selebriti popular tempatan, Aznil Nawawi, 50, atau lebih mesra dipanggil Pak Nil.

Menerusi laporan dari Bernama, Aznil Nawawi bakal dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) sempena Hari Wilayah Persekutuan bersama 40 orang lagi penerima anugerah yang sama pada hari ini (Jumaat). Penganugerahan ini secara rasminya akan memberikan gelaran ‘Datuk’ kepada Aznil Nawawi.

Istiadat penganugerahan darjah kebesaran, bintang dan pingat akan diadakan di Istana Negara, Jalan Duta dan akan disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Aznil Nawawi merupakan ‘Duta Sihat 1Malaysia’ dan sudah menceburi industri hiburan lebih dari 20 tahun.

Jadi selepas ini, tiadalah lagi panggilan Pak Nil, bertukar jadi Tok Nil lah pula, kan? Oops, gurau.

SKIP THIS AD ×