berita

Azrel Ismail Hangat Bercinta Dengan Gadis Bermata Hijau, Siapa Si Cantik Ini Sebenarnya?

January 23rd, 2020 | by Shafika
Lensa Insta

Siapa pernah tengok drama ‘Seadanya Aku’ pasti kenal dengan pelakon baru wanita yang sedang meningkat naik dalam industri lakonan Malaysia iaitu Sharifah Husna Syed Faizal atau lebih dikenali sebagai Sharifah Husna. Gadis berkacukan Belanda, Pakistan dan Arab ini  mula menerpa nama selepas diangkat sebagai juara program penca rian bakat Gadis Panca MyBeauty 2018 musim kedua.

Namun apa yang menarik minat kami adalah Sharifah Husna kini sedang hangat menjalinkan cinta bersama seorang pelakon lelaki yang giat aktif berlakon iaitu Azrel Ismail. Sama cantik, sama padan gitu!

Cantik!

Baru berusia 26 tahun, gadis berasal dari Subang Jaya ini mula menerpa nama selepas menjadi uara program penca rian bakat Gadis Panca MyBeauty 2018 musim kedua. Beliau berjaya menewaskan sembilan peserta di peringkat akhir. Kemenangan itu melayakkannya menerima wang tunai RM10,000 bersama kontrak lakonan tajaan A. Aida Production, selain trofi serta pakej percutian ke Balkan.

Banyak berlakon drama

Antara drama dibintanginya seperti Suri Katriana, Aku Yang Kau Tinggalkan, Kasih Tak Terungkap, Raisha 2 dan Seribu Rindu. Termasuk telefilem Tragedi Balik Kampung, Soulmate Kedua, Imaan dan banyak lagi. Terkini beliau merupakan antara pelakon yang membintangi drama Seadanya Aku arahan Feroz Kader, diterajui Azlee Khairi dan Zara Zya, selain Elvina Mohamad, Redza Rosli, Dayana Roza dan ramai lagi.

Bakal bergelar doktor

Buat pengetahuan semua pelakon tinggi lampai ini merupakan seorang pelajar dalam bidang perubatan di Universiti Royal College Surgeons Ireland, Serdang, Selangor. Beliau datang dari keluarga berpendidikan dalam bidang kedoktoran dan Sharifah Husna juga dikhabarkan bakal bergelar doktor. Sharifah Husna sebenarnya agak kurang fasih berbahasa Malaysia pada awalnya, namun kini semakin fasih sejak bergelar pelakon.

Sumber : Sharifah Husna

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×