Penyanyi, Azza Elite meluahkan rasa kagum terhadap rakan seperjuangannya, Fazura dengan menyifatkannya sebagai wanita yang rajin dan berdedikasi.

Artikel Berkaitan: ‘Fazura Merendah Diri, Dia Bagitahu Fatima Aunty Azza Ikon’

Artikel Berkaitan: Azza Elite Respon Netizen Persoal Make Up Tebal Susah Solat – ‘Kami Buang & Pakai Balik, Kalau Ada Show Sembahyang Dulu’

Rajin

Menerusi komen di Threads, Azza berkata pelakon filem Pisau Cukur itu bukan saja menjadi idola ramai, malah seorang ibu yang tekun berusaha demi kebahagiaan keluarganya.

Azza yang seolah-olah memahami perasaan Fazura menyifatkan aktres itu mungkin sering meletakkan kepentingan dirinya di tangga terakhir.

Love Fazura dan Fatima. Fazura, awak adalah idola saya.

Rajin dan kuat bekerja untuk anak, keluarga, staf dan saya percaya last sekali mesti Fazura baru fikirkan diri sendiri.

Kuatkan Fazura ya Allah.

Terdahulu, Fazura berkongsi perbualannya dengan anak perempuannya, Fatima yang memberitahu bahawa ibunya kelihatan penat.

Fazura meluahkan rasa terharu kerana Fatima, walaupun baru berusia lima tahun, sering mengambil berat tentang dirinya.

Sumber: Threads