Saharul Ridzwan antara pelakon yang sering berkongsi pengalaman dan tips keibubapaan kepada pengikutnya di sosial media. Dia yang sudah pun dikurniakan dua orang cahaya mata sudah tentu mempunyai pengalaman tersendiri dalam menguruskan anak.
Terbaru, pelakon ini berkongsi peringatan kepada ibu bapa di luar sana yang sering sibuk dengan kerja sehingga tiada masa melayani anak di rumah. Tetapi sesibuk manapun kita, anak tetap menjadi keutamaan ibu bapa untuk kita tetap melayani mereka terutamanya ketika mereka masih kecil.
Baba minta maaf
Video dan foto yang dikongsikan Saharul ini memaparkan dia meluangkan masa bersama anaknya iaitu Ali di dalam sebuah kereta. Menerusi perkongsiannya di Instagram, pelakon ini menyedari dirinya sibuk dengan kerja dan isterinya pula kurang sihat. Oleh sebab itu tiada siapa yang dapat meluangkan masa bersama anak di rumah.
‘Nobody wants to play with me‘
Saharul menceritakan Ali datang masuk ke dalam bilik dan mula merengek. Dia mula memberontak dengan mencampak mainan dan menangis. Tindakan bertanya dahulu masalah kepada si anak sebelum memarahi mereka yang dilakukan Saharul ini harus dipuji.
“Why you cry? You big boy already. You cannot cry like a baby”. Banyak kali saya tanya then finally dia cakap, “Nobody wants to play with me. I want to play”
Tindakan memujuk semula anak dan memberi ‘rewards’ dengan meluangkan masa bersamanya adalah jalan yang terbaik. Perlu diakui, kadang-kadang ibu bapa terlepas pandang mengenai anak tanpa disengajakan. Namun, dinasihatkan agar ibu bapa mencuri perhatian anak kecil anda semula agar mereka tidak memberontak dan jadi degil.
Sumber: Saharul Ridzwan