berita

Babak Memancing Drama Tak Sempurna Mencintaimu Bikin Netizen Geli

April 1st, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Baru bersiaran selama tiga episod, drama’Tak Sempurna Mencintaimu’ arahan Emi Suffian berjaya mencuri perhatian netizen. Lebih-lebih lagi babak di antara Redza Rosli dan Intan Najuwa semasa memancing ikan semalam.

Dah la panas

Saya ajak awak datang sini untuk nak mancing tau, bukan nak dengar cakap kau bising.

Dalam episod semalam, Mustaqim (Redza Rosli) mengajak Siratul (Intan Najuwa) untuk pergi memancing. Namun begitu, Siratul kelihatan membebel dan mahu pulang dengan segera ke rumah. Ini kerana, dia tidak meminta izin daripada ibunya untuk keluar bersama Mustaqim. Siratul turut meluahkan rasa takut sekiranya mereka berdua ditangkap khalwat.

Oleh kerana Siratul asyik membebel, Mustaqim meminta teman wanitanya itu untuk diam. Malah, dia terus membawa wanita tersebut ke tengah tasik untuk meneruskan aktiviti memancing. Menerusi babak tersebut juga, netizen terhibur apabila Mustaqim dipercayai tidak tahu memancing dan tali kailnya tidak jelas kelihatan di kaca televisyen.

Halus sangat tali sampai tak nampak

Dia pakai tali berapa pound tu, halus sangat sampai tak nampak.

Ni model baru punya pancing kot, nak order juga la macam yang pelakon ni pegang.

Janji style, nanti boleh juga cuba cara macam tu. Boleh kuat tarik.

Rata-rata netizen terhibur melihat babak tersebut. Tambah netizen, mereka mahu menggunakan pancing yang sama dengan Mustaqim. Di samping itu, segelintir netizen berharap semua pihak produksi peka dengan perkara sebegitu walaupun isu tersebut dianggap kecil.

Sumber: TV3

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×