Drama bersiri 7 Hari Mencintaiku 2 telah memasuki episod ke-28. Semakin hari, ada saja adegan daripada drama tersebut yang membuatkan ramai penonton berasa geram. Lebih-lebih lagi dengan perangai watak Nurul Ain lakonan Wafariena Roslan.
Penonton turut beremosi dengan watak Nurul yang disifatkan telah menunjukkan ‘taring’ sebenar untuk menghikis harta suami kepada Mia Adriana. Bukan itu sahaja, babak peperangan antara Helmi dan Jalil juga menjadi klimak yang dinanti ramai penonton akhirnya terhidang.
Mana batu jalan, mana batu permata?
Petikan babak antara watak Mak Leha dan Nurul ini menyaksikan perbualan jujur di antara mereka berdua berkenaan penerimaan Nurul sekiranya Khuzairi tiada harta. Babak ini menunjukkan musnah harapan dan kecewa yang dipaparkan emosi pada watak Mak Leha. Dia sangat berimpikan Nurul sebagai menantunya, tetapi akhirnya kecewa mendengar jawapan materialistik Nurul.
Sebelum ini, kita dapat menyaksikan Mak Leha tersangat mahukan Nurul sebagai menantunya sehingga sanggup memecahbelahkan hubungan rumah tanggan anak sendiri iaitu Khuzairi dan Mia Adriana. Mak Leha berupaya membuatkan Mia untuk melepaskan Khuzairi dan mahukan anak lelakinya itu berkahwin dengan Nurul.
Maksud Gold Digger sebenar
Jangan cari menantu macam nurul tu, mata duitan #7harimencintaiku2 pic.twitter.com/F73GKunkX6
— ??????? ? (@beingahmadz) August 10, 2020
Menerusi episod 28 ini, netizen mula menyifatkan watak Nurul sebagai materialistik yang sebenar. Bersetuju untuk berkahwin semata untuk mendapatkan harta dan kesenangan selepas berkahwin. Babak ini menyedari bahawa pilihan Mak Leha untuk menantukan Nurul adalah salah setelah mendengari kata-kata Nurul lebih mementingkan harta berbanding cinta dan sayang terhadap Khuzairi.
Babak paling epik
This scene ? i cannot #7harimencintaiku2 pic.twitter.com/6tad65oB6P
— ???? ? (@ailmira) August 10, 2020
Kes dalam babak ini berpunca apabila Mia terlihat Kenit mengutip botol pada waktu malam. Mia cuba selongkar persoalan apabila terlihat tangan Kenit dipenuhi kesam lebam. Akhirnya Kenit membongkarkan kegiatan jahat abang iparnya iaitu Jalil yang sering memukulnya dan menjadikan dia sebagai peminta sedekah di bandar Kuala Lumpur sebelum melarikan diri pulang ke kampung setelah diketahui polis.
Akibat takut rahsia jahat Jalil dan Syakilla terbongkar, mereka segera mencari Kenit pada malam tersebut sebelum ketemui Kenit bersama Mia di rumah Mak Leha. Situasi tegang apabila Mia melindungi Kenit daripada dibawa pulang oleh Jalil dan Syakilla.
Bukan itu sahaja, netizen juga berpuas hati menyaksikan Mak Leha menampar muka Syakilla sebelum Helmi menyerang Jalil. Babak ini dikatakan menarik kerana melihat lakonan sebenar Syazwan Zulkifli iaitu watak Helmi menumbuk Jalil setelah dia menolak Sofi (Wan Sharmila) jatuh sehingga kepala Sofi terhentak di bucu kerusi.
Sumber: Drama Sangat, Viral TV