berita

BABE HACK | Jelly Mandian Super Senang Dan Murah Dekat Rumah Je!

January 24th, 2019 | by Khristabelle
Kini Trendy

Tahu tak bila travel, shower jelly ni paling senang nak bawak. Boleh jimat space, takyah nak bawak botol banyak-banyak.

Sebenarnya nak buat sabun mandian jelly ni senang je! Sis dah cuba buat jelly mandian sendiri kat rumah, menjadi lah you girls. Sekarang korang pun boleh buat sendiri dengan resepi sis Katy.

Kos buat jelly mandian di rumah lebih murah dari beli kat kedai.

Ini lah hasil jelly mandian Sis Katy. Since sis guna  acuan berbentuk ikan dan tapak sulaiman, so sis pilih warna-warna laut. Cute kan?

Baca artikel ni sampai habis untuk tahu step-by-step cara buat jelly mandian di rumah.
Lepas tu tengok video tutorial full untuk tahu lebih detail.

Langkah 1 – Masukkan serbuk gelatin ke dalam air panas. Kacau sehingga larut.

Langkah 2 – Masukkan sabun mandian gel, essential oil, garam & pewarna makanan. Kacau sehingga sebati

Langkah 3 – Masukkan ke dalam acuan silikon.

Langkah 4 – Masukkan jelly mandian ke dalam peti sejuk selama beberapa jam. Bila dah set, dah boleh guna terus.

Jelly mandian ni sesuai digunakan untuk mandi atau cuci tangan! Daaan senang nak bawa time travel. Korang boleh ubah sabun, essential oil atau pewarna mengikut kesukaan korang.

Kalau korang suka siri Babe Hack, share artikel dan video ni, follow dan like Facebook Kini Trendy By Ohbulan dan Instagram @kinitrendy untuk mengikuti trend mekap, fashion dan lifestyle wanita yang terkini.

The following two tabs change content below.