berita

BABE HACK | Kaki Nampak Lembut Sampai Orang Lain Rasa Nak Usap

February 15th, 2019 | by Epul
Kini Trendy

Ada orang tak nak ukur bulu kaki sebab takut jadi lebih lebat. Ada pulak yang tak suka cukur sebab bila shave, kulit jadi kering. Ada juga yang takut nak start cukur sebab takut sakit.

Semua tu mitos je tau girls. Sekarang sis Katy akan share 4 tip supaya kulit kaki korang lembut gila and bulu kaki lambat tumbuh.

4 Tip Cukur Kaki Jadi Lembut Bak Kain Sutera

Kulit kaki korang akan jadi lebih kasar dari lembut kalau method mencukur kaki korang tu salah.
So ikut lah tip yang sis Katy share ni, in Shaa Allah korang asyik nak usap kaki korang je lepas ni.

TIP CUKUR KAKI #1 : Lulur Kaki Sebelum & Selepas Cukur
Lulur kaki korang dengan skrub sebelum & selepas mencukur untuk untuk buang sel-sel kulit mati dan elakkan ingrown hairs.

Tengok video ni buat skrub dengan bahan-bahan yang dah ada kat dapur korang.
Cara-cara buat DIY Scrub

TIP CUKUR KAKI #2 :  Mata Pencukur Mesti Tajam
Sis Katy suka guna pencukur untuk lelaki yang bilah bermata tiga. Elakkan guna cukur pakai buang. Tak environmental friendly dan dalam jangka masa panjang, membazir duit sebenarnya.

So invest untuk beli pencukur yang baik okay girls.

TIP CUKUR KAKI #3 :  Gel atau Krim Pencukur itu PENTING
Korang boleh guna campuran body butter/lotion dan minyak bayi untuk dijadikan krim pencukur. Krim pencukur penting untuk lembutkan bulu dan elakkan ruam kulit.

Atau korang boleh gunakan conditioner as alternatif krim pencukur. Sabun tak cukup licin & akan sumbatkan mata pencukur.

TIP CUKUR KAKI #4 : MOISTURIZE! MOISTURIZE! MOISTURIZE!
Apa yang korang buat lepas cukur boleh membantu supaya bulu korang lambat tumbuh.
Biasanya sis Katy suka sapu campuran minyak kelapa and post-shave balm lepas shave, untuk membantu kelembapan kulit, yang boleh rosak selepas bercukur.

DAN! Rajin-rajin sapu lotion badan tiap malam so kulit kaki kekal lembut.

https://www.facebook.com/KiniTrendyByOhbulan/videos/417754152363993/

Kalau korang suka siri Babe Hack, share artikel dan video ni, follow dan like Facebook Kini Trendy By Ohbulan dan Instagram @kinitrendy untuk mengikuti trend mekap, fashion dan lifestyle wanita yang terkini.

SKIP THIS AD ×