Di sebalik kesibukannya sebagai pelakon, Zahirah Macwilson kini lebih menikmati fasa kehidupan sebagai seorang ibu yang disifatkannya cukup bermakna dan memberi kepuasan tersendiri.

Bagi Zahirah, peluang untuk meluangkan lebih banyak masa bersama anak-anak menjadi antara perkara yang paling disyukurinya, lebih-lebih lagi apabila dia kini mempunyai ruang untuk lebih selektif dalam memilih komitmen kerjaya.

Artikel Berkaitan: #TipsXTRA: ‘Jangan Tenggelam Dalam Tekanan’ – Zahirah Macwilson Kongsi 5 Pegangan Untuk Jaga Diri

Artikel Berkaitan: ‘Dah Lama Saya Simpan Keinginan Untuk Mulakan Perjalanan Ini, Saya Nak Cuba & Belajar’ – Zahirah MacWilson

Bersyukur Dapat Luang Masa Bersama Anak-Anak

Menerusi #BabyXTRA adalah sebuah segmen khas yang membawa pembaca mengenali sisi sebenar selebriti ketika melalui kehidupan sebagai ibu dan bapa. Segmen ini turut mengetengahkan pengalaman kehamilan, proses kelahiran, cabaran menjaga anak serta perubahan yang dialami selepas berkeluarga.

Bagi edisi #BabyXTRA minggu ini, Zahirah berkongsi tentang pendekatannya dalam mendidik anak-anak, pembahagian peranan bersama suami, Aiman Hakim Ridza serta harapannya terhadap masa depan mereka.

Amazing, sangat fulfilling. Saya sangat bersyukur sebab saya dapat meluangkan masa banyak dengan anak-anak.

I’m able to be selective and be free with my work. And I love being a mom. It’s one of the most fulfilling roles.

Tegas Tapi Tetap Penyayang

Berkongsi mengenai pendekatannya dalam mendidik anak-anak, Zahirah menyifatkan dirinya sebagai seorang ibu yang tegas namun tetap penuh dengan kasih sayang.

Bagaimanapun, dia menjelaskan ketegasan tersebut bukanlah bermaksud dia sering memarahi anak-anak.

Saya seorang mak yang tegas tapi penyayang. Saya lembut juga, tak adalah garang sangat.

Antara saya dengan suami, Aiman, saya tak rasa kami berdua garang.

Sebaliknya, Zahirah dan suami lebih memilih pendekatan berkomunikasi serta menerangkan sesuatu perkara kepada anak-anak supaya mereka memahami sebab di sebalik setiap teguran atau keputusan yang dibuat.

Kalau ada perkara yang berlaku, kami akan explain panjang lebar supaya mereka faham.

Pendekatan itu secara tidak langsung memperlihatkan bagaimana pasangan berkenaan memilih komunikasi sebagai antara elemen penting dalam proses mendidik anak-anak.

Mahu Anak Membesar Jadi Individu Yang Baik

Seperti ibu bapa lain, Zahirah turut mempunyai harapan tersendiri terhadap masa depan anak-anaknya.

Namun, dia tidak meletakkan harapan yang terlalu spesifik mengenai jalan hidup atau kerjaya yang perlu dipilih mereka apabila dewasa kelak.

Sebaliknya, apa yang lebih penting buat Zahirah adalah melihat anak-anaknya membesar menjadi individu yang mempunyai nilai dan peribadi yang baik.

“Harapan saya mereka jadi orang yang penyayang, penyabar dan baik. Just to follow their dreams.