berita

Background Status Facebook Kini Tampil Dengan Pilihan Simbol Yahudi

December 10th, 2020 | by Zulaikha
Isu & Kontroversi

Laman media sosial Facebook, merupakan salah satu platfom yang digunakan oleh seseorang itu untuk berhubung. Tambahan pula, saluran tersebut juga digunakan sebagai medium berkongsi maklumat dan memberi banyak manfaat kepada penggunanya.

Namun, aplikasi tersebut hari ini mula menggunakan beberapa logo yang seakan-akan simbol Yahudi. Perkara tersebut mula disedari ketika seseorang itu mahu memuat naik status di aplikasi tersebut.

Simbol Yahudi?

Lazimnya, ruangan tersebut hanya mempunyai corak yang biasa yang lazim kita tengok. Namun, terbaru jika seseorang itu mahu memuat naik status logo tersebut akan terpampang di sebalik status tersebut. Corak-corak yang digunakan oleh Facebook, seakan-akan logo Yahudi, Freemason yang berbentuk tiga segi. Tidak berakhir di situ, pihak Facebook turut meletakkan empat corak ini sebagai latar belakang pilihan di sebalik status seseorang.

Antara logo yang diketengahkan adalah Star of David dan Menorah. Tambahan pula, corak seperti ‘jari tengah’ turut digunakan yang dianggap kurang sopan di Malaysia. Perkara tersebut juga dianggap tidak menjaga ‘sensitiviti’ sesetengah pengguna. Manakala, latar belakang lain yang turut disediakan merupakan latar belakang yang bermotifkan flora dan fauna yang jauh lebih sesuai berbanding corak-corak ini.

Memang terjadi

Hasil semakan kami, tenyata pengguna Facebook di Malaysia juga mendapat tambahan background status tersebut. Namun, pengguna itu mempunyai pilihan yang lain untuk menukar background status itu. Susulan daripada perubahan yang terjadi itu, rata-rata pengguna Facebook meluahkan rasa kurang senang akan perubahan yang terjadi itu.

Sumber: Facebook

SKIP THIS AD ×