berita

Backstreet Boys Kembali Dengan Album Baru

May 16th, 2013 | by M
Shout Out!

Backstreet+Boys

Semua peminat setia Backstreet Boys mesti teruja baca tajuk artikel ni kan? Ya, mereka kini kembali dengan album terbaru dan memperkenalkan single pertama berjudul ‘Permanent Stain’ untuk diperdengarkan kepada peminat.

Salah seorang penyanyi Backstreet Boys, Howie Dorough mengakui yang album baru mereka ini mengandungi lagu-lagu pop yang hebat dengan rentak irama yang lebih menarik.

Peminat boleh mendengar lagu-lagu kami diputarkan di radio dan mendapatkannya di iTunes. Kami percaya karya terbaru kami mampu membuatkan anda semua seperti berada di awang-awangan.

Backstreet Boys yang terdiri daripada Nick Carter, Howie Dorough, Brian Littrell, A.J. McLean dan Kevin Richardson akan mengeluarkan album mereka berjudul ‘In A World Like This’ secara rasminya pada 30 Julai bersempena dengan ulangtahun mereka yang ke-20.

Jom dengarkan lagu ‘Permanent Stain’ dari Backstreet Boys di bawah. Anda pasti jatuh cinta dengan rentak lagu ini yang sedikit berbeza dengan lagu-lagu mereka terdahulu.

The following two tabs change content below.

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

SKIP THIS AD ×