berita

Badan Naik Sebab Jadi Tukang Habiskan Makanan Isteri, Fazley Kongsi Nekad Kurus – ‘Dia Dah Bersalin, Saya Masih Pregnant’

September 15th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Dato’ Fazley Yaakob

Juara pertandingan realiti masakan Master Chef Selebriti Malaysia Dato’ Fazley Yaakob menerusi satu hantaran di Instagram, berkongsi perubahan fizikalnya yang terkini dan dilihat semakin ‘fit’. Perkongsiannya itu meraih pujian daripada netizen yang kagum dengan keazamannya.

Artikel Berkaitan: ‘Kek Paling Tak Sedap Aku Rasa’ – Kek Dikecam Tak Sedap, Fazley Yaakob Ucap Terima Kasih

Tekad untuk kurus

Foto: Dato’ Fazley Yaakob

Ujar pelakon Gila Bola, setiap orang bercita-cita untuk kurus namun, tidak semua akan kurus dengan jayanya dan pada masa yang sama untuk mengekalkan momentum tersebut.

Saya sendiri dah lalui, naik badan mendadak sebab teman isteri mengandung. Dia makan, saya teman makan. Dia tak habis makan, saya habiskan, dia order makan tapi tukar fikiran, tetap saya tukang habiskan. Masalahnya bila dia bersalin, saya masih pregnant.

Mengulas lebih lanjut, Fazley tekad untuk kurus dan turut berkongsi kaedah yang diguna pakai olehnya untuk menurunkan berat badan dan berjaya mengurangkan sebanyak 30 kilogram.

Saya usaha kuruskan badan, tanpa exercise. Jaga makan je, memang turun 30kg tapi cuba tengok gambar yang tengah tu. Badan slim, tapi lembik dan gemuk air . Tak lama lepas tu saya tekad untuk teruskan jaga makan sambil incorporate cardio dan weight lifting. Walaupun tak selaju orang lain, saya tetap berusaha untuk kekal bersiplin.

‘Progress tetap progress’

Foto: Dato’ Fazley Yaakob

Fazley turut menjelaskan faktor-faktor penghalang buat dirinya ketika sedang diet namun, perkara tersebut sama sekali tidak dijadikan alasan.

Dua perkara jadi gangguan, faktor usia (saya nak masuk 44 tahun) dan faktor sebagai chef, hari-hari tetap kena rasa makanan yang saya masak dan bake. So progress tak selaju yang saya harapkan. Namun progress tetap progress. Caranya?Jangan aim sangat untuk lose weight semata-semata, badan kena sihat, otot kena ada, jangan jadi lembik macam agar-agar sirap.

Di hujung posting tersebut, Fazley sempat menjelaskan niatnya bukanlah untuk menjual produk tetapi sekadar memberikan motivasi kepada orang ramai.

Tak lah, ini bukan post untuk jual produk, tapi untuk beri keyakinan. Saya pun macam korang semua, manusia biasa, bukan abang sado, bukan juga seorang manusia yang boleh makan sihat 24 jam.

Ada masa cheat day berhari-hari, ada masa malas nak workout atau jogging. Namun, saya tetap setkan target, untuk kekal sihat demi anak-anak, isteri dan keluarga. Kalau saya boleh, korang pun mesti boleh kan?

Sumber: Dato’ Fazley Yaakob

SKIP THIS AD ×