berita

‘Badan Saya Adalah Hak Saya. Kamu Sebenarnya Cemburu Dengan Kecantikan Saya Yang Allah Bagi’ – Alyah

October 29th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelantun suara ‘Kisah Hati’ Datin Alyah tampil bersuara apabila sering menerima kutukan dan komen negatif daripada netizen berhubung bentuk fizikalnya.

Artikel Berkaitan: Alyah Mohon Maaf, Tiada Niat Jatuhkan Air Muka Anak Peneroka Ladang Kelapa Sawit & Kebuh Getah

Artikel Berkaitan: ‘Saya Bukan Datang Dari Kelapa Sawit Atau Kebun Getah’ – Alyah Nafi Kahwini Tok Ram Sebab Harta

Saya pernah kurus dan gemuk

Menerusi perkongsian di Instagram, Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan meluahkan rasa kecewa apabila fizikalnya dicemuh netizen gara-gara sebuah video promosi perniagaannya.

Saya ni cuma nak berniaga ja. Rasanya tak kacau pun sesiapa. Saya juga pernah kurus sebelum ni dan pernah gemuk juga dua tiga tahun lepas pun saya tak kacau sesiapa. Baju yang saya pakai ni baju lama ketika saya berat 60 lebih pun tak kacau sesiapa.

Ujar Alyah, dia tidak mempunyai masalah dengan mana-mana individu sebaliknya hanya fokus kepada perniagaan yang diusahakan sahaja.

Nak kata saya pergi menjaja depan rumah orang atau depan kedai orang pun tak jugak. Dan rasanya tak kacau sesiapa. Janganlah samakan tudung ni dengan tudung 5 ringgit awak ya. Kalau tak nak membeli jangan menghina. Saya ni kalau nak menghina lebih dari itu pun boleh. Tapi saya ni sedar diri saya hamba Allah S.W.T je yang mencari rezeki dibuminya.

Bercerita lebih lanjut, isteri kepada Tok Ram ini mengakui tidak takut dimamah usia dan menyifatkan sesetengah netizen cemburu dengan penampilannya itu.

Saya tak takut dikatakan tua sebab saya dah 40 lebih memang dah tua dah dan saya sedar tu. Badan saya adalah hak saya. Sebelum ni masa saya besar macam-macam hinaan saya dapat dan saya kurus pun ada lagi yang menghina. Kamu sebenarnya cemburu dengan kecantikan saya yang Allah S.W.T bagi. Penyakit hati namanya tu.

Semoga Allah S.W.T lindung kita dari semua kejahatan juga fitnah akhir zaman (al kahfi).

Terdahulu, Alyah menerima pelbagai reaksi netizen apabila dikatakan terlalu ramping sehingga kelihatan seperti orang sakit. Bukan itu sahaja, netizen turut mempertikai bentuk kepala penyanyi itu tidak sesuai dengan saiz badan terkini.

Sumber: Alyah

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×