Pengantin wanita mana yang tidak ingin kelihatan cantik dan menawan di hari perkahwinannya? Oleh itu, mereka sanggup melabur ratusan ringgit mengupah ‘mak andam’ untuk mendapatkan sentuhan solekan yang sesuai bagi menaikkan ‘aura’ seri pengantin.
Tetapi lain pula yang terjadi kepada seorang wanita ini apabila dia mendakwa telah menjadi mangsa ‘tipu’ mak andam yang diupahnya. Memang tak dapat dinafikan, hasil solekan tersebut sangat mengecewakan!
‘Membazir duit hire mak andam terjun’
Kisah ini dikongsikan oleh seorang wanita yang dikenali dengan Yana Nazaruddin di akaun Facebooknya. Bercerita dengan lebih lanjut, Yana mengakui sangat kecewa dengan khidmat solekan yang diberikan oleh mak andam tersebut. Menurut wanita ini, bayaran yang diberikan bukanlah murah dan ianya mencecah ratusan ringgit. Tetapi hasilnya memang tidak setanding dengan harga yang dibayar.
Lebih baik makeup sendiri lagi lawa. Sumpah membazir duit hire mak andam terjun. Permintaan maaf bila ditegur langsung tak wujud ya dan tak boleh terima kenyataan. Tak boleh berbincang.
Apa yang paling tidak disangka-sangka, mak andam itu dipercayai berkhidmat di sebuah butik terkenal di Kuala Selangor dan telah mempunyai pengalaman hampir 31 tahun.
Niat nak berbincang dengan baik tapi yang dapat ibarat dihalau. Walaupun aku dah lama tinggalkan bidang makeup aku sekurang-kurangnya aku tak akan makeup orang macam ni lah. Alasan dia ini lah makeup melayu jangan dibandingkn dengan yang lain.
Buka pelamin sampai kipas rosak
Berikutan daripada isu yang viral ini, ramai Make-Up Artist (MUA) yang sudi sponsor untuk menyolek Yana termasuklah MUA Bellaz.
InshaAllah lepas pkpb dan dapat kebenaran merentas negeri saya akan berjumpa Mua Bellaz. Dijanjikan Mua lain yang makeup tapi ditukar last minute kepada Mua terjun. Bila disuruh utk diubah terus sentap dan balik.
Jelas Yana lagi, dia terpaksa mencuci make-up tersebut dan make-up sendiri untuk majlis bersanding. Bukan itu sahaja, semasa membuka pelamin di rumah, pihak butik juga dikatakan telah membuatkan kipas di rumah Yana rosak. Mereka juga berjanji untuk membayar semula ganti rugi tetapi sehingga kini tiada sebarang respon yang diterima.
Pastu bagi crown pun dah reput tersentuh sikit pun boleh patah dituntut harga crown sehingga 200 walaupun pada asalnya crown memang dah ada yang patah dan hilang batunya dan mempunyai kesan gam. Veil yang diberi pun sudah lusuh. Satu permintaan maaf dari beliau tak wujud langsung. Kecewa sungguh jadi macam ni pada hari bahagia.
Perbualan
Sumber: Yana Nazaruddin