berita

‘Bagi Dia Main Sampai Penat, Bosan’ – Ini Cara Memanipulasi Anak Yang Nakal & Suka Mengamuk

July 22nd, 2019 | by Amirul Asraf
Kesihatan & Hidup Aktif

Setiap ibu bapa pasti akan berhadapan situasi anak tak dengar kata mahupun meragam jika permintaan mereka tidak dipenuhi. Betul tak? Pasti naik pening korang nak berfikir jika situasi tersebut berlaku.

Menerusi Facebook Maryam Jamadi, wanita itu berkongsi cara ibu bapa untuk memanipulasi anak andai mereka tidak mendengar kata mahupun aktif jika berada di rumah.

Memang fitrah budak-budak

Sekadar gambar hiasan

Anak saya nakal, tak mendengar kata, suka bongkar almari, melawan cakap, suka berlari, suka sepahkan rumah, suka main air dan pandai menipu. Isu ini memang sangat normal bagi mak ayah yang mempunyai anak yang berumur sekitar 6 bulan hingga 12 tahun. Bagi yang ada anak aktif memang pening kepala asyik nak mengemas rumah. Baru kemas 10 minit, dah sepah balik. Bila orang datang rumah, masa inilah kelam kabut campak semua barang!

Memang fitrah budak-budak untuk bermain, saya tak kata kita boleh benarkan sahaja anak nak main apa. Tapi yang sedihnya bila anak seusia setahun sudah dihukum, ditengking, dipukul dan diperlekehkan. Semakin anak meningkat dewasa, semakin susah untuk dikawal. Betullah pepatah “anak kecil ini umpama kain putih, kita yang mencorakkan mereka”. Salah mereka atau salah kita mendidik anak?

Fahami perkembangan emosi mereka dahulu

Sekadar gambar hiasan

Sebelum anak pandai memanipulasi kita, lebih baik kita belajar macam mana untuk memanipulasi mereka. Fahami perkembangan emosi mereka dahulu, barulah mak ayah boleh bertindak selaras dengan umur mereka. Ada orang kata “budak budak bukan ingat pun kita pukul atau marah mereka”. Memang mereka tak ingat tapi jangan terkejut yang yang otak mereka simpan segala memori pahit ini dan perkembangan emosi mereka terganggu. Tak hairanlah, kes buli di sekolah tak pernah lenyap sebab perkembangan emosi mereka tidak stabil dan akhir menyebabkan masalah sosial di masa akan datang.

Pengalaman mereka masa kecil akan mempengaruhi perkembangan emosi dan sosial (Cohen and others, 2015). Emosi dan sosial memang sangat berkait rapat untuk kemahiran sosial untuk mereka belajar meluahkan perasaan, cara berkawan, cara bercakap dan sebagainya. Jadi bagi saya penting untuk mak ayah fahami setiap tahap perkembangan psikososial anak sebelum menghukum anak.

Tahap perkembangan psikososial

Sekadar gambar hiasan

1. Selepas lahir hingga umur setahun+ (Trust vs Mistrust)

Tahap ini adalah fasa untuk dapatkan kepercayaan anak (trust). Jagalah dia dengan penuh kasih sayang. Tunjuk kasih sayang dengan perbuatan, belaian, senyuman dan cakap kita sayang mereka. Fasa ini yang bahayanya jika tak dapat kepercayaan mereka, akan ada masalah psikososial seperti kuat memberontak dan tantrum (mistrust). Selalunya terjadi bila mereka rasa “kurang” kasih sayang.

2. Umur 18 bulan hingga 2-3 tahun (Autonomy vs shame/doubt)

Jika fasa sebelum ini kita “menang” kepercayaan mereka maka fasa seterusnya akan mudah bagi ibu bapa untuk mengawal anak. Selalunya fasa ini bermula apabila anak sudah pandai berjalan, bercakap dan berminat untuk buat semua sendiri. Fasa dimana anak suka “mengemas” sepahkan semua barang, bongkar almari baju dah lipat, berlari kesana kesini, pantang bilik air terbuka terus main air, nampak kolam air terus nak terjun, nampak apa-apa ada sahaja nak membebel tanya itu ini dan sebagainya. Orang tua kata “panjang akal ada je nak dibuatnya”.

Fasa sangat kritikal

Sekadar gambar hiasan

A) Kalau yang jenis suka sepahkan barang.

Boleh cuba letak 1 sudut barang untuk disepahkan. Kalau suka main baju, letaklah satu bukit baju dekat situ. Kalau suka main pinggan mangkuk, letaklah pinggan dekat situ. Bagi dia main sampai penat dan bosan. Ajak dia mengemas sekali, jenis ini memang suka ikut mak ayah buat apa semua nak join sekali. Ajar dia kemas mainan sendiri, masuk baju kotor sendiri dalam bakul, susun mangkuk cawan, belikan penyapu kecil macam di Daiso dan sebagainya. Ada ciri- ciri anak yang rajin bantu mak ayah kemas rumah nanti.

B) Kalau yang jenis suka memanjat, berlari atau melompat.

Kena rajin bawa ke taman, salurkan “energy” dengan cara yang betul. Kalau malas nak bawa ke taman sebab panas, boleh bawa pergi shopping mall utk dia explore sekeliling, luangkan masa sekejap untuk bagi dia “lead” untuk dia rasa berkuasa atas diri sendiri. Ikut sahaja mana dia pergi. Mana yang suka lompat atas katil takut katil rosak, beli trampoline atau beli katil buruk bagi lompat sampai penat. Mana tahu dah besar jadi pelompat galah, pelari pecut Malaysia nanti.

C) Kalau yang jenis suka potpet bising setiap masa.

Selalu ajak menyanyi bersama sambil menari. Layankan kepochi dia tu jangan abaikan, bila dia tanya itu ini cuba jawab juga walaupun tengah sibuk sebab sel sel otak sedang berhubung dengan pesat. Jangan cakap tak elok depan dia, 10 saat je dah pandai ikut. Untung anak banyak cakap, mana tahu dah besar boleh jadi pengacara tv, politician atau peguam terkenal.

D) Kalau yang jenis tak reti diam, lagi-lagi bila pergi rumah orang

Sebagai contoh conteng kusyen orang, pecahkan pasu atau bunga, buka peti ais rumah orang lain, masuk bilik orang lain dan sebagainya. Anak jenis ini memang suka explore sekeliling, dia tertanya-tanya kalau tolak pasu ini apa akan jadi? Apa dalam laci? Apa dalam bilik? Apa dalam peti ais? Untuk mengelakkan mak ayah jadi “tarzan” atau “hulk” di rumah orang eloklah bawa mainan sendiri dari rumah. Kalau mainan baru lagi bagus untuk yang suka menconteng eloklah bawa kertas dan pen. Alihkan perhatian dia, bawa “busy book” dari rumah. Boleh google je cara untuk buat “busy book” ok?

E) Kalau yang jenis suka main air

Bagilah dia main sekejap masa mandi. Belajar cedok-cedok air dalam baldi ke baldi lain. Atau beli kolam renang kecil muat dalam toilet, mandi dalam tu tapi tak boleh lepas pandang, kena sentiasa tengok dan rajin-rajinlah bawa anak pergi berenang kalau ada masa.

Membesar dengan sihat fizikal dan emosi

Sekadar gambar hiasan

Jika kita selalu layankan keperluan berdikari (Autonomy) mereka, anak akan membesar dengan sihat fizikal dan emosi.  Jika kita terlampau sekat ini tak boleh dan itu tak boleh, kesannya anak akan membesar menjadi seorang yang tak ada jati diri, tak ada pendirian, tak ada kenyakinan diri, penakut dan tak nak mencuba benda baru (Shame/Doubt). Tapi kena ingat, dalam kita memberi kemahuan mereka perlu juga bertegas kalau melibatkan masalah tingkahlaku.

Kesimpulannya, mak ayah perlu tahu cara untuk memanipulasi anak sebelum anak memanipulasi kita. Semua masalah tingkahlaku lagi mudah dibendung dan dielakkan jika kita tahu macam mana perkembangan emosi dan sosial anak berkembang mengikut umur. Teori ini ada 8 tahap, yang saya kongsikan ini cumalah 2 tahap (lepas lahir sehingga umur 3 tahun). Kalau ada banyak permintaan untuk umur 3 keatas, saya akan cuba kongsikan di post yang lain ye.

Sumber: Maryam Jamadi