berita

Bagi Duit, Baucar Beli Belah Tak Bagi Penduduk Balik Kampung Sambut Tahun Baru Cina

January 20th, 2021 | by AnisAffandi
Kini Trending

Disebabkan peningkatan kes Covid-19 yang semakin membimbangkan, kerajaan China dan beberapa syarikat dilaporkan bakal membayar dan memberi pelbagai inisiatif kepada rakyat dengan syarat mereka duduk sahaja di rumah sepanjang cuti Tahun Baru Cina nanti.

Inisiatif yang ditawarkan

Foto: SCMP

Memetik laporan SCMP, antara inisiatif yang ditawarkan kepada rakyat adalah wang tunai, baucar membeli-belah, tiket filem, tiket masuk ke tempat menarik dan sebagainya. Walaupun ditawarkan dengan ganjaran yang banyak, masih ramai yang mengambil peluang ke kampung untuk meraikan Tahun Baru China yang bakal tiba. Pentadbir tempatan di Foshan, sebuah bandar kilang di Guangdong, selatan China mengirim surat terbuka yang menawarkan baucar membeli-belah, masuk percuma ke tempat pelancongan, tiket wayang, makanan dan hiasan tahun baru kepada penduduk untuk menggalakkan mereka supaya tidak keluar melancong atau pulang ke kampung.

Mengurangkan risiko penyebaran virus serta melindungi diri dan keluarga, ini adalah hadiah terbaik yang dapat anda berikan kepada diri sendiri dan juga bandar anda.

Kami dengan tulus menyarankan agar anda tetap bersama Foshan untuk tahun baru 2021.

Ini adalah ungkapan yang tertulis pada surat terbuka tersebut. Manakala di Xiangcheng, pemerintah daerah telah berjanji untuk memberikan penduduk 500 yuan (RM 312.72) setiap seorang dan mengurangkan separuh kos kepada syarikat-syarikat yang menyewa flat milik negara jika mereka menawarkan hadiah yang sama kepada pekerja mereka.

Di Haicang, sebuah daerah Xiamen di Fujian, tenggara China, pemerintah mengumumkan subsidi 11 juta yuan (RM 6,879,759.70) untuk penduduk yang tinggal di kota pelabuhan selama perayaan tersebut.

Perkembangan Covid-19 di China

Foto: SCMP

China merupakan negara yang paling terawal mencatatkan kes COVID-19. Walau bagaimanapun, China berjaya mengurangkan kes jangkitan kepada dua angka kes baharu. Namun, pada 10 January yang lepas, ia kembali mencatatkan peningkatan dan memnimbulakn rasa risau terhadap orang ramai di China.

Untuk rekod, wilayah Heibei dikenakan perintah darurat pada minggu lepas diikuti wilayah utara Heilongjiang yang berdekatan sempadan Russia.

Sumber: SCMP

SKIP THIS AD ×