berita

‘Baginda Telah Bercerai Talak Tiga Dengan Rihana Oxana Gorbatenko’ – Peguam Sultan Muhammad V Sahkan Penceraian

July 20th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Kemelut kontroversi penceraian Sultan Muhammad V bersama Rihana Oksana Gorbatenko menjadi teka-teki kerana didakwa telah bercerai talak tiga di Singapura tempoh hari.

Terbaru menerusi Sinar Harian, peguam kepada Sultan Muhammad V, Koh Tien Hua telah membuat pengesahan berkenaan cerai talak tiga yang di lafazkan Sultan Kelantan ke atas Ratu Cantik Moscow itu.

Sudah dihantar kepada peguam Rihana

Menurut peguam tersebut, pihaknya telah menghantar surat cerai talak tiga kepada pihak guaman Rihana. Dengan pengesahan ini, segala teka-teki berkenaan status Sultan Muhammad V bersama Rihana telah terjawab.

Kami ialah peguam untuk Sultan Muhammad V.

Dimaklumkan bahawa baginda telah bercerai talak tiga dengan Rihana Oxana Gorbatenko pada 22 Jun 2019 mengikut undang-undang Syariah dan Mahkamah Syariah Kelantan telah mengeluarkan Surat Perakuan Perceraian pada 1 Julai 2019 mengikut Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2002.

Sumber: Sinar Harian

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Manchester United top 4 season ni, percayalah!